BARU-baru ini ada rakan guru yang minta saya kongsi mengenai tajuk bahagi.

"Oo. Ok. Cikgu, boleh tak upkan dalam facebook cara bahagi untuk Tahun Tiga...saya sedihlah murid saya macam tak dapat tangkap cara membahagi...”

Saya akui tajuk bahagi antara yang sukar, murid susah nak ingat step semasa bahagi. Walaupun berkali-kali diulang, dah tulis langkah masih lagi buat silap. Mungkin mereka tidak faham kenapa kena buat sifir, lepas tu darab lepas tu tolak. Saya terpaksa mulakan semula, ajar tajuk bahagi.

1) Beri pengalaman untuk belajar mengagihkan/berkongsi sesuatu dengan sama rata.

Semasa aktiviti ini, pelbagai cara yang mungkin digunakan murid, ada yang berkongsi dengan mengagihkan sebilangan objek, ada yang berkongsi dengan mengagihkan objek satu persatu.

2) Merujuk kepada buku Teks Matematik Tahun Dua, banyak contoh yang melibatkan bahagi secara pengukuran, iaitu contoh 1, 3 dan 4.

Contoh 1: Ada 10 biji kek, isi dua-dua dalam piring, berapa piring dapat diisi dengan kek?

Contoh 2: Melibatkan agihan/kongsi sama banyak

Contoh 3: 8 keping agar-agar, beri seorang 4 biji, 2 orang yang dapat, Wendy dan Selvi

Contoh 4: Ada 18 batang pen, setiap paket dimasukkan 6 batang, dapat 3 paket pen.

3) Pembahagian dalam bentuk lazim yang biasa diajar di sekolah rendah merupakan pembahagian secara ukuran.

Contohnya 18 ÷ 3, jawapan yang diperolehi ialah 6, ini kerana 6 kali 3 ditolakkan daripada 18, atau ada 6 kali 3 dalam 18.

4) Banyakkan aktiviti murid melakukan pembahagian melibatkan pengukuran.

Contohnya aktiviti seperti dalam (GAMBAR PERTAMA) Bimbing murid untuk tulis ayat Matematik bahagi.

Gambar Pertama

5) Sebelum memperkenalkan pembahagian dalam bentuk lazim. Saya gunakan seperti dalam (GAMBAR KE-2).

Contohnya “12÷4 =” Murid perlu lukis dot-dot dan bulatkan 4-4 sehingga kesemua 12 dot-dot telah dibulatkan 4-4

Tapi kalau melibatkan nombor yang besar, mesti penat nak lukiskan? Pada peringkat ini, gunakan nombor yang tak terlalu besar, tujuan utama pada peringkat ini nak bagi mereka faham dan pada masa yang sama mengimbas kembali tajuk darab.

6) Semasa memperkenalkan pembahagian dalam bentuk lazim, gunakan bahagi lukis dot-dot pada masa yang sama tunjukkan pembahagian yang hanya melibatkan nombor sahaja. Contoh pada (GAMBAR KEDUA).

Gambar kedua

7) Bahagi Tahun Dua yang saya lihat, hanya melibatkan pembahagian tanpa mengumpul semula. Contoh untuk lihat beza pembahagian tanpa mengumpul semula dan yang melibatkan pengumpul semula (GAMBAR KETIGA).

Gambar ketiga

8) Langkah seterusnya boleh ajar murid untuk bahagi yang ada baki atau melibatkan pengumpulan semula.

Lepas itu nak pakai kaedah apa pun tak kisah, ada banyak kaedah yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang lebih ringkas dan mudah. Paling penting murid faham konsep sebenar bahagi dan langkah yang mereka hafal ada makna.

Saya masih belajar. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat. Yang baik dari Allah SWT yang lemah atau segala kekurangan itu dari saya sendiri.

Sumber: Facebook Muhammad Saffuan

- Muhammad Saffuan Jaffar merupakan guru Matematik Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid, Marudi Sarawak