RAMAI pelajar sekarang ada masalah dengan sifir.

Dari sekolah rendah lagi mereka tidak menghafal sifir.

Jika hafal pun, mereka tidak fasih.

Mereka perlu senaraikan satu persatu keseluruhan sifir tersebut barulah mereka jumpa jawapan.

Bayangkan berapa banyak masa terbazir. Itu punca utama anak anda lambat menyiapkan kertas peperiksaan.

Jika tak mahir sifir, bahagi pun lambat, nak kecilkan pecahan pun susah.

Bila dah masuk sekolah menengah, ramai kata, tak apa tak hafal, ada kalkulator.

Sebenarnya salah.

Tajuk pemfaktoran, dan beberapa tajuk lain memerlukan kreativiti pemikiran dengan menggunakan sifir.

Jika tak fasih sifir, akan jadi masalah nanti.

Dah dewasa pun, sifir penting untuk berurus niaga di kedai. Takkan ke mana-mana kita nak bawa kalkulator?

Jadi bagaimana nak latih anak fasih sifir?

Adakah dengan menggunakan semua kaedah dan teknik shortcut atau jalan pintas yang sering dikongsi?

Tidak sama sekali.

Cara itu sebenarnya tetap memakan masa, tidak memberi kefahaman konsep sebenar sifir.

Malah lebih banyak perkara perlu dibuat saat menjawab soalan sifir berbanding jika sudah fasih.

Bukankah lebih mudah dipastikan anak-anak fasih atau mahir mencongak gandaan, kemudian menghafal sifir?

Dari menggunakan teknik-teknik tertentu yang hanya memberi keseronokan dan rasa WOW semata mata, tetapi sebenarnya lebih rumit dan susah untuk mereka hafal semua langkah-langkah tersebut.

Jadi, macam mana nak fasih sifir?

Saya senaraikan beberapa langkah

1) Kena mahir mencongak operasi tambah dahulu dan kemudian gandaan

Selagi tak mahir, selagi tu susah nak fasih sifir. Kalau mahir mencongak tambah, mencongak untuk gandaan juga akan jadi senang. Bukankah sifir terhasil dari siri gandaan berturutan?

2) Mulakan dengan sifir mudah seperti sifir 2, 5, 10 dan 11

Tujuannya nak bagi semangat pada anak yang sifir itu mudah. Lagi pun, kalau dah hafal sifir 5, mudah untuk belajar tengok jam. Mula-mula baca gandaan 2, 5, 10 dan 11. Nak baca gandaan ni kenalah mahir mencongak tambah di dalam kepala. Awal-awal guna jari tak apa, bila dah kerap, automati jadi laju.

Kemudian, selepas dia fasih gandaan tersebut, kaitkan dengan sifir. Contoh, 2, 4, 6, 8 dan seterusnya. Jika dah boleh, kena sebut pula 1x2=2, 2x2=4 dan seterusnya. Jika mereka faham konsep gandaan dan boleh mencongak, sekejap sahaja proses ini.

3) Latih tubi

Step ini paling penting. Tak guna jika dah hafal, tapi tak diuji dan tiada latih tubi. Cari buku latihan sifir untuk anak. Beberapa buah buku. Sekurang kurangnya 5. Jika sebuah buku sahaja, tak cukup berkesan.

Mulakan dengan sifir yang dia dah hafal. Latihan-latiha yang soalannya rawak (tanpa mengikut turutan nombor sifir tersebut, boleh menguji daya kefahaman dan kefasihan anak terhadap sifir. Buat permulaan, mungkin ambil masa sedikit untuk dia jawab, sebab dia dah biasa baca sifir ikut turutan dari atas ke bawah. Sedangkan soalan latihan adalah random turutannya. Tapi dengan latihan berulang kali, dia akan ingat dan mahir. Bila dah laju, itu namanya fasih.

4) Ulang step di atas untuk semua sifir dan ulang latihan guna soalan yang bercampur sifirnya pula

5) Sekali sekala boleh buat game sifir. Buatlah kuiz ke, main kad ke, treasure hunt sifir ke. Be creative

Percayalah, jika buat secara sistematik begini, peluang cerah untuk fasih sifir.

Cuma benda ni ambil masa sikit.

Jangan gopoh nak anak fasih sifir, sedangkan mencongak tambah pun belum boleh.

Paling penting, sokongan ibu bapa.

Ada masa, dalam kereta, uji lah mereka. Hujani mereka dengan soalan-soalan sifir. Buat secara pantas, bagi mereka rasa adrenalin mengalir laju, baru proses penghafalan itu lebih berkesan.

Percayalah, fasih sifir akan banyak membantu mereka mahir dalam Matematik.

Jika rasa anak-anak tidak mahu beri kerjasama di rumah, boleh hantar ke Kelas Fasih Matematik kami di Genius Library Learning House setiap hujung minggu.

Insya-Allah kami cuba bantu

Moga berguna tip ini

Perkongsian ikhlas

Teacher Shaza

Sumber: Facebook Nurul Shazalina Zainudin

Artikel Menarik:

Anak masih lemah Matematik...cikgu ini kongsi 11 tip mudah mengajar murid Tahun Satu hingga Enam

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun depan

Kejutan nama kelas SK Lohan tahun depan...ini kata guru besar berkenaan nama baru itu