1) Fokus semasa guru mengajar - Cuba fahami isi pengajaran guru.

2) Study Group - Saling membantu sesama rakan bagi meningkatkan kefahaman.

3) Perkukuhkan konsep asas Fizik.

4) Sering berdampingan dengan guru sekiranya menghadapi masalah dalam mata pelajaran (Fizik).

5) Penggunaan simulasi komputer, demonstrasi dan amali di dalam makmal dapat meningkatkan kefahaman tentang tajuk-tajuk sukar.

6) Membuat ulang kaji dan latih-tubi secara berterusan.

7) Menguasai teknik menjawab soalan (Kertas 2 dan Kertas 3).

8) Penulisan nota ringkas menggunakan peta pemikiran i-think. Pelajar akan lebih mudah ingat dan faham apa yang dipelajari.

9) Menghafal definisi dan istilah penting dalam Fizik.

10) Tahu dan faham cara menggunakan formula Fizik.

11) Membuang tanggapan negatif bahawa Fizik adalah “killer subject”.

12) Sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Kata-kata semangat untuk calon SPM 2019

1) Teruskan momentum perjuangan kalian untuk SPM 2019..Semoga terus cemerlang

2) SPM bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula daripada SPM

3) Jika anda gagal merancang, bererti anda merancang untuk gagal

4) ”Physics is fun”

Noorlaili Suriati Mohd Hanafi

- Ketua Panitia Fizik SMK Agama Putrajaya (SMAPUTRA)

Artikel Menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

Murid tak datang duduki UPSR, cikgu ini nekad cari di rumah dan apa yang terjadi mengejutkan ramai

'Saya bangun jam 4 pagi masak, lepas tu solat tahajud dan mengaji dengan nenek'

"Balik oi balik...."- Aksi Che Tam hambat kerbau, curi perhatian

'Cantiknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong