Jika mahu skor dalam keseluruhan subjek SPM, semua pelajar harus belajar dan membuat latihan bermula sekarang.

Itu kata Cikgu Ajwad kepada GPSBestari.

Beliau yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam subjek Fizik, berkongsi sedikit tip bagi mata pelajaran Fizik menerusi facebook Ajwad Ghali (Cikgu Ajwad)

Jom kita hadam tip tersebut satu persatu.

Semoga berjaya.

 

 

**********

 

 

TIP NAK SKOR FIZIK SPM

 

1) Fahamkan konsep

Ramai pelajar yang rasa Fizik subjek yang susah kerana mereka tidak suka dengan soalan melibatkan pengiraan dalam Fizik. Yela, kadang-kadang tu mereka tak tau nak ambil formula yang mana. Selain tu, ada juga formula yang tidak diberi dan pelajar perlu ingat.

Betul ke soalan Fizik SPM banyak sangat soalan mengira?

TIDAK sebenarnya.

Contohnya di dalam kertas 1, soalan yang melibatkan pengiraan TAK PERNAH lebih daripada 10 soalan.

Jika di kertas 2, beberapa soalan dari 8 soalan di bahagian A, dan soalan di bahagian C sahaja yang melibatkan pengiraan.

Jadi soalan melibatkan pemahaman konsep lebih banyak berbanding pengiraan.

 

2) Jangan risau dengan formula yang perlu dihafal atau ingat

Kebanyakan formula sudah diberi di dalam senarai formula yang diberikan di muka hadapan soalan kertas 1 dan kertas 2.

Cuma beberapa sahaja formula yang perlu DIKETAHUI bagaimana ia wujud atau perlu DIHAFAL dan DIFAHAMI cara penggunaannya.

Contohnya formula bagi F=ma untuk soalan yang melibatkan daya. Pelajar perlu faham tentang daya seimbang dan tidak seimbang kerana formula ini hanya untuk daya tidak seimbang.

Jadi BERAPA BANYAK FORMULA yang perlu diingat dan SELALU keluar?

Kenalah join POT kalau nak tau

 

3) Study semua bab

Topik dalam subjek Fizik PALING sikit berbanding topik-topik bagi subjek Sains yang lain seperti Kimia dan Biologi.

Hanya ada 5 topik form 4.

Hanya ada 5 topik form 5.

Hanya 10 bab sahaja yang pelajar belajar dalam Fizik SPM.

Yang bestnya, semua BAB ni akan keluar. Selalunya di dalam kertas 1 Fizik SPM, soalan juga disusun mengikut bab.

 

4) Mantapkan ilmu matematik

Hasil dari dapatan kami, masalah pelajar dalam subjek Fizik adalah berpunca dari “kurang cekap” dalam ilmu asas matematik.

Pelajar perlu mahir beberapa topik Matematik terutamanya Algebra, Persamaan Linear, Nisbah Kadaran (ratio) dan juga Persamaan Serentak.

Jika topik-topik ini pelajar kuasai, insya-Allah tak susah pun nak skor dalam Fizik.

Nak dapatkan lebih banyak tips?

Jangan lupa join #physicsotherapy

 

Sumber: Facebook Ajwad Ghali (Cikgu Ajwad)

Fizik SPM physicsotherap

 

Cikgu Ajwad

 

ARTIKEL BERKAITAN: CguJinggo kongsi tip untuk murid kelas hujung skor UPSR

ARTIKEL BERKAITAN: 11 nota asas Matematik yang wajib dan sepatutnya murid tahap dua kuasai

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tip hafal sifir yang paling mudah

 

***Jika anda ingin menyumbangkan berita, tip belajar atau artikel berkaitan dunia persekolahan (guru dan pelajar), boleh emelkan kepada [email protected]