UNTUK elakkan perkara yang tak diingini berlaku, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pegang, Baling, Esmimi Elias tampil memberi peringatan kepada anak murid tentang keselamatan sewaktu habis sesi pembelajaran.

Ini juga boleh diguna pakai oleh ibu bapa untuk sentiasa ingatkan anak-anak tersayang supaya tidak menghampiri orang tidak dikenali.

Mari kita ikuti perkongsian Cikgu Esmimi ini. Semoga bermanfaat!

+++

Tanda nama

Takut pula aku baca ada murid nyaris diculik. Penculik tu katanya memanggil nama murid tersebut berdasarkan tanda nama di baju.

Bahaya jika sedemikian. Tanda nama ini sebenarnya memudah guru-guru untuk kenal pasti murid di dalam kelas.

Tetapi kalau ada terjadi begini pasti kena berwaspada.

Aku selalu pesan dan nasihat kepada murid supaya tidak mengikut atau menghampiri seseorang yang tidak dikenali apabila nama dipanggil.

"Jika kamu tidak mengenali jangan pandai-pandai hampir dengan orang itu. Lain la saudara, mak long, pak long, pak ngah, mak ngah, cikgu, ayah, mak, abang, kakak, nenek, datuk datang untuk ambil kamu. Orang yang kamu kenal dan tahu.

Terang aku dengan jelas kepada mereka. Kalau tidak disebutkan contoh-contoh sedemikian mereka masih tak jelas dan faham. Maklumlah kanak-kanak. Yelah, dah nama dipanggil pasti lah orang itu kenal walhal melalui tanda nama. Itu fahaman mereka.

Berkali-kali aku pesan dan aku akan terangkan satu persatu kepada mereka. Yelah, mereka masih kanak-kanak, kalau ada orang yang panggil pasti mereka akan hampiri, risau ada agenda yang lain pula.

Pernah waris terlupa ambil anak di sekolah hingga hampir malam. Mujur lah si anak tunggu di pondok pengawal keselamatan sekolah dan tidak ke mana-mana.

Pengawal yang menghantar anak ini pulang rumah kerana mengenali keluarganya.

Si ibu yang ceritakan kepada aku. Ingatkan si abang yang ambil si adik dan si abang pula ingatkan mak yang jemput.

Apabila pengawal tiba dengan si anak di rumah pakat terkejut. Mujurlah dia tidak ikut sesiapa atau pulang seorang diri.

Kali ini aku tekankan lagi, "katakanlah kamu lambat balik, ada orang panggil nama kamu padahal kamu tidak kenal, apa yang harus kamu lakukan?"

"Jangan ikut. Dok dalam sekolah"

Lega hati mendengar jawapan mereka. Biar mereka yang jawab sendiri dan faham.

Bahkan jika belum ada sesiapa datang ambil aku akan minta mereka ke pejabat untuk hubungi ibu atau ayah.

Sisipkan juga alamat atau nombor untuk dihubungi di beg anak.

Tapi jangan la besar-besar nanti ada yang ambil kesempatan pula.

Kalau boleh pesan kepada anak tunggu sahaja di dalam kawasan sekolah sehingga mak, ayah atau sesiapa yang dikenali datang jemput. Kita tidak tahu hati manusia, jahat niat buruk seseorang..

Biarlah kita sentiasa waspada. Kami juga akan pastikan sekolah tempat yang selamat untuk mereka andai kata waris terlewat jemput pulang.

Cegah sebelum parah. Macam-macam hal sekarang ni.

 

ARTIKEL BERKENAAN : Ini cara Cikgu Esmimi tawan hati anak didik.. mungkin cikgu lain boleh jadikan panduan

ARTIKEL BERKENAAN : 'Marah cikgu bukan kerana benci, marah cikgu kerana sayang'

ARTIKEL BERKENAAN : "Terima kasih pengorbanan kecilmu, anak muridku.. jadikanlah ia kenangan"