MARI ajak murid dan anak-anak mengulangkaji pelajaran subjek Sains Tahun Enam topik Interaksi Antara Hidupan.

Hanya mengambil masa beberapa minit dan boleh semak segera jawapan.

Mari kita jawab soalan daripada Guru Sains SK Jengka Pusat 2, Pahang, Cikgu Mohamad Safuan Rozak ini.


KLIK DI SINI : https://forms.gle/eyPfxpGUVRmwnft7A

 

Interaksi antara Haiwan

  • Interaksi ialah perhubungan aktif yang berlaku dalam intraspesies dan interspesies bagi memperoleh keperluan asas.
  • Intraspesies ialah interaksi antara spesies yang sama.
  • Interspesies ialah interaksi antara spesies yang berlainan.
  • Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku dalam bentuk kerjasama atau persaingan.
  • Kerjasama ialah interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Contoh kerjasama: membina sarang (lebah, memerang), mengesan kehadiran pemangsa (Antelop dan babun)
  • Persaingan ialah satu bentuk interaksi yang berlaku apabila haiwan  berebut sesama mereka untuk mendapatkan sumber yang terhad. Contoh persaingan: Mendapatkan makanan (anak-anak ayam, helang dan ular).

 
Boleh juga subscribe di https://www.youtube.com/c/CIKGUSAFUAN

Tip lain:

Ingat dan hafal sembilan haiwan pupus bagi subjek Sains - Penting untuk calon UPSR hadam

Teknik Plat Kenderaan Cikgu bantu murid kenal nombor dalam Bahasa Arab

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam