WALAUPUN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini sudah dibatalkan, namun ia tidak bermakna yang murid-murid tidak perlu mengulangkaji pelajaran.

Guru Matematik Sekolah Kebangsaan SLDB No.1, Mukah Sarawak, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor yang aktif berkongsi ilmu Matematik menerusi facebook Mohamad Hakim, sekali lagi menyediakan ulangkaji mengenai tajuk peratus.

Menurutnya, tajuk peratus adalah antara tajuk yang wajib disoal dalam mana-mana ujian Matematik.

“Saya selitkan beberapa soalan dan langkah penyelesaian berkaitan tajuk peratus ini.

“Moga nota ini membantu,” katanya.

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Tip menarik

Pelajar Tingkatan Satu...ini perkongsian Cikgu Hailmi tentang penggunaan cermin dan alat optik

Cikgu Safuan kongsi kegunaan periskop. Murid Tahun Empat dan Lima wajib ambil tahu