RATA-rata calon temu duga bila ditanya berminat masuk ke MRSM Ulul Albab? Akan jawab “berminat” walaupun ada juga yang gaya hafazannya kurang memberangsangkan.

Ada juga yang menjawab sangat mengikut skrip, mungkin sudah dilatih oleh orang tua agaknya.

Apa pun panel akan menilai calon itu berminat dengan boleh dibentuk atau tidak boleh dibentuk untuk sertai program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) ini.

Tahfiz Model Ulul Albab akan menjadi sangat mencabar kepada pelajar-pelajar jika tiada persediaan mental dan fizikal.

Pelajar-pelajar bukan sahaja lebih daripada segi bilangan dan kritikal subjek tetapi masa belajar yang berbeza dengan sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP Sains) biasa kerana tambahan Kelas Hafazan.

Tetapi ia akan mudah jika pelajar-pelajar mempunyai kriteria seperti adik Saiful Hadi Baharin (Juara Qari Junior TV3) dari SMKA Kuala Lumpur.

Beliau berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk sebelum tempoh yang dicadangkan dalam model MUA iaitu tiga tahun semasa berada di Tingkatan Dua lagi.

Ikuti tip daripada adik Saiful Hadi

1) Rupa-rupanya dia dah menghafaz pada usia 10 tahan lagi sebelum masuk SMKA Kuala Lumpur

2) Dah hafaz 16 juzuk sebelum ke Tahfiz Model Ulul Albab

3) Sentiasa memanfaatkan masa dengan menghafaz al-Quran

4) Menghafaz bukan sahaja pada waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah

5) Menghafaz sleeps solat subuh, selepas sarapan pagi dan selepas solat maghrib.

6) Menghafaz secara bersendirian sebelum tidur dan selepas solat asar.

7) Fokus belajar dalam kelas

8) Fokus menghafaz ketika dalam Kelas Hafazan.

9) Tidak mencampuradukkan sesuatu perkara walaupun mewakili pasukan futsal peringkat negeri

Sumber: Blog Cikgu Stailo

Artikel Menarik:

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab

Dr Kamilin kongsi enam sebab, anak perlu hafal al-Quran

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan