Bila bulan puasa, masuk kelas je, semua jadi layu. Jenuh ustazah ini cari idea supaya mereka tidak ada alasan untuk mencari pahala di sebalik 'tidur'. Biarlah kalian mencari pahala di sebalik usaha menuntut ilmu.

“Belajar Bahasa Arab KSSM memang agak bosan adakalanya. Namun, ia boleh dibuat menjadi menarik jika disusun aktiviti seperti ini. Semoga anak-anak didik ustazah terus menguasai Bahasa Arab untuk menguasai agama ini sebaik-baiknya dan seikhlasnya.”

Ikuti perkongsian Ustazah Zaharoh Fajar Nina ini.

.........

1) Guru sediakan sebanyak mungkin jumlah atau jumlah mutarobithah yang telah dipelajari dari buku teks.

2) Potongkan ayat tersebut menjadi mufrodat dan jumal mutarobithah menjadi jumlah-jumlah.

3) Pastikan guru ada salinan asal jumlah dan jumlah mutarobithah yang telah ditulis.

4) Selerakkan perkataan tersebut mengikut dua kali ganda bilangan pelajar. Contoh, 20 pelajar, selerakkan 40 perkataan termasuk huruf jar.

5) Pelajar diberi peluang memilih dua perkataan dari perkataan yang telah dipotong.

6) Pelajar diminta menggabungkan perkataan menjadi jumlah dan jumlah mutarobithah yang lengkap dengan bertukar-tukar perkataan yang telah diambil.

7) Kumpulan yang paling cepat dan paling betul menyiapkan tugasan dikira pemenang.

Semoga bermanfaat!

Guru sediakan sebanyak mungkin jumlah atau jumlah mutarobithah yang telah dipelajari dari buku teks.

Potongkan ayat tersebut menjadi mufrodat dan jumal mutarobithah menjadi jumlah-jumlah.

Pelajar diminta menggabungkan perkataan menjadi jumlah dan jumlah mutarobithah yang lengkap dengan bertukar-tukar perkataan yang telah diambil

Pelajar diberi peluang memilih dua perkataan yang telah dipotong.

Kumpulan yang paling cepat dan paling betul menyiapkan tugasan dikira pemenang

Sumber: Facebook Ustazah Zaharoh Fajar Nina

Artikel Menarik:

Daki gunung untuk hantar laporan, tindakan sekumpulan guru ini wajar dipuji

Walau terpaksa tahan sakit, ditahan lapan hari di wad… guru ini tetap tanda kertas

Apapun warna kulit dan agama yang dianuti, saya tetap bantu - Luhurnya hati cikgu ini

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan

Punya anak sindrom down, guru ini tekad belajar memasak