Bagi mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran semestinya mengambil masa yang lama untuk anak yang masih muda.

Kemahiran menulis seawal usia tiga tahun ini sebenarnya membolehkan anak-anak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan yang betul.

Mereka juga tidak akan berdepan masalah apabila memasuki alam persekolahan nanti.

Justeru ibu bapa perlu tahu anak-anak yang mempunyai asas menulis ini merupakan satu permulaan baik.

Kaedah ini juga sangat berguna kepada guru yang mengajar kelas pemulihan.

Ayuh ikuti perkongsian daripada Mahfuzah Zainol yang berkongsi teknik melukis barisan dan bulatan dalam meningkatkan kemahiran menulis anak-anak.

“Barisan dan bulatan. Mana satu pilihan anda?”

Okeh, tak payah pilih-pilih sangat ye. Kena buat dua-dua.

Untuk kemahiran pra menulis, ada tiga jenis barisan dan bulatan yang perlu dikuasai kanak-kanak berumur 3 tahun.

Boleh lihat tiga contoh gambar dalam kotak merah.

Kalau kanak-kanak pada tahap menconteng sekalipun, ajarkan gerakan tangan mereka menjadi contengan barisan atau garisan lurus dan bulatan.

Boleh buat lagu. Hujan rintik-rintik. Air dalam kolam. Ombak bulat-bulat. Lalalala.

Selepas menguasai ketiga-tiga barisan dan bulatan tersebut. Baharulah boleh ajar menulis huruf-huruf ringkas seperti:

“L O F T H E I”

Semua huruf besar dahulu. Dalam kemahiran menulis lebih sesuai ajar menulis dengan huruf besar dahulu.

Huruf kecil untuk membaca.

Nak ajar kemahiran menulis bukan perlu ikut buku kerja-tulis yang bermula daripada huruf A itu.

Mulakan menulis huruf yang mudah-mudah dahulu. Kurang stres. 'Sense of achievement' juga tinggi. Hehehe.

Ibu bapa dan guru boleh menggunakan teknik ini untuk mengajar anak menulis kerana lebih mudah untuk mereka fahami.Selamat mencuba!

Sumber : Facebook Mahfuzah Zainol