Pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh dilakukan oleh mak ayah terhadap anak masing-masing sepanjang cuti sekolah ini.

Cuti sekolah yang bermula 19 Disember lalu tentunya antara yang ditunggu-tunggu oleh adik-adik.

Walaupun tidak dapat ke sekolah kerana pandemik Covid-19, namun sekurang-kurangnya mereka boleh merasakan sedikit tempoh percutian di rumah.

Bagi seorang ibu, Normarina Bashah, cuti sekolah kali ini, sememangnya berbeza dari tahun sebelumnya.

“Memandangkan kita masih dalam tempoh PKPB (bagi negeri tertentu), jadi saya merasakan yang anak-anak perlu duduk di rumah dan melakukan perkara yang berfaedah.

“Seperti 10 senarai di bawah ini, saya telah praktikkan semasa tempoh PKP yang lalu. Tujuannya supaya mereka tidak bosan dan tidak ketinggalan jauh dalam mata pelajaran.  

“Mungkin cuti sekolah kali ini, saya akan melakukan perkara yang sama. Terpulang pada mak ayah yang ingin membuat perkara yang sama atau tidak,” katanya.

Ini 10 aktiviti pembelajaran di rumah cara Marina. Semoga boleh dijadikan panduan buat semua.

1) Buat kerja sekolah di rumah yang diberikan oleh cikgu (jika ada)

2) Menjawab kuiz online jika ada masa luang.

3) Menonton video mata pelajaran

4) Membaca suratkhabar bahasa Inggeris

5) Melakukan operasi asas Matematik menggunakan alat tulis

6) Spelling Bee

Buat ejaan perkataan Bahasa Inggeris. Marina sebut perkataan yang perlu anak-anak eja, anak-anak akan eja dan tulis perkataan tersebut. Apa yang diuji dalam aktiviti ni ialah kemahiran mendengar.

7) Membuat latihan buku aktiviti

8) Jadi Detektif (Kemahiran Pemerhatian dan Menganalisa)

Kemahiran ini terdapat dalam silibus Sains anak-anak.

9) Membuat handbag daripada kertas

Aktiviti macam ini dapat mengembangkan kreativiti anak-anak. Secara tak langsung, mereka dapat mengembangkan minda dan cuba buat sendiri aktiviti yang melibatkan kreativiti seperti melukis.

10) Belajar mengira 1 hingga 10 menggunakan mainan (bagi anak-anak yang masih belajar di tadika)

Inilah 10 idea melakukan aktiviti pembelajaran di rumah bersama anak-anak waktu cuti sekolah ini.

Aktiviti pembelajaran seperti ini sedikit sebanyak dapat menarik minat anak-anak untuk terus belajar.

Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Terpulang pada idea masing-masing. Semoga berjaya.

Sumber: Blog Marina Bashah

Artikel menarik

Dunia pendidikan 2020...Dr Habibah akui tahun ini unik, luar biasa dan penuh cabaran

20 perkara berkaitan murid-murid Disleksia. Bantu dan beri sokongan. Mereka tak minta jadi begini!