'MENGAWAL murid penting bagi memastikan kelancaran PdPC'.

Demikian kata Cikgu Herryan Syah Tupan Surian kepada GPS Bestari.

Beliau yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai dan kini menjawat jawatan sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+) di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai berkata, setiap guru perlu ada teknik tertentu untuk mengawal murid.

"Saya kongsikan teknik mudah dalam mengendalikan murid-murid di dalam kelas. Teknik ini berdasarkan pengalaman dan perkongsian saya bersama rakan-rakan guru yang lain," katanya.

Cikgu Herryan Syah

Jom semak, teknik senang yang dikongsi oleh guru ini.

1) Traffic Light Cards

Penggunaan traffic light cards sebagai penalty cards. Hijau untuk ‘BAIK’, Kuning untuk ‘AMARAN PERTAMA’ dan Merah untuk ‘DENDA’. Pilih denda yang berpatutan ya.

2) Hands Signals

Guru menggunakan isyarat tangan untuk mendiamkan murid. Contoh, 1,2,1,2...Finger on your lips...

3) Time-off

Murid diberikan ‘time-off’ pengecualian daripada pembelajaran atau sesi hiburan bersama guru sebagai denda. Murid memandang dinding selama 5 minit, berada di satu sudut dalam kelas dan sebagainya.

4) Point Deduction

Markah individu atau kumpulan dipotong jika perlakuan tidak sepatutnya berlaku dalam kelas.

5) 100 squares

Petak besar dengan 100 petak segi empat bernombor 1-100. Setiap kali murid melakukan perbuatan baik, maka satu petak dilorek. Jika sebaliknya, 1 petak di padam. Mesti jelas contoh perbuatan yang boleh diterima dan tidak.

6) Diverse Grouping

Pelbagaikan latar belakang murid seperti tahap pembelajaran, bangsa dan kawan rapat agar ‘something in common’ dapat diatasi kerana perkara sebegitu boleh menyebabkan mereka dalam ‘comfort zone’ untuk berbual.

7) Kumpulan Sederhana

Kumpulan sederhana di kategorikan sebagai 3-6 orang. Saiz ini sesuai untuk setiap ahli memegang peranan masing-masing dan mudah untuk diperhatikan. Jadi tiada ‘sleeping partner’.

8) Suasana Kelas

Suasana kelas merujuk kepada banyak aspek. Jika kelas mempunyai tone warna pastel, murid mudah menjadi bosan. Warna vibrant menjadikan murid lebih fokus. Warna/corak dominan pada bahagian depan kelas memudahkan murid memberi perhatian. Pada waktu tengah hari, murid lebih penat dan tidak selesa, jadi guru perlu pilih aktiviti yang lebih ceria, pergerakan fizikal dan penuh dengan media.

9) Kedudukan Tempat

Gunakan jenis kedudukan yang murid tidak mudah menyembunyikan diri. Mudah guru perhatikan. Apabila sesuatu perlu ditonton atau mendengar arahan guru, kerusi murid semua menghadap hadapan.

10) Busy Bee

Pastikan bahan sumber dan aktiviti penggayaan ada banyak di dalam kelas. Murid jadi bising dan tidak terkawal semasa aktiviti selalunya kerana mereka tidak tahu hendak buat apa dan jika siap awal latihan, mereka tiada aktiviti tambahan. ‘keep them occupied’.

11) Hi-Lo Technique

Murid jadi bosan sebab suara cikgu yang perlahan dan tidak meyakinkan. Oleh itu, guru perlu menguatkan suara. Boleh juga guna mikrofon. Pelbagaikan intonasi. Jika murid terlalu bising, cikgu berbisik dan senyap, freeze, tunggu sehingga murid senyap kerana mereka pasti ingin tahu kenapa guru senyap.

12) Good Behaviour Badges/Tags

Berikan button badges atau tags bertulis good behaviour untuk membina harga diri murid.

13) Timed rewards

Murid diberikan ganjaran tertentu jika mereka dapat mengawal suara dan perangai mereka untuk setiap aktiviti.

14) Group points

Berbeza dengan point individu, dalam group points, ahli kumpulan sentiasa memastikan ahli kumpulan lain mengawal tindakan mereka demi menjaga markah kumpulan.

15) Jail corner

Murid yang melakukan perbuatan tidak baik di dalam kelas akan dimasukkan ke dalam jail di sudut kelas. Teknik ini telah diperkenalkan oleh SK Sri Pulai Perdana. Tahniah!

16) Noise O Meter

Satu spinner meter dibuat. Ada indikator tahap suara mereka yang dibenarkan mengikut tugas.

17) Countdown

Guru meletakkan ‘countdown’ sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Dengan itu, murid segera senyap dan bersedia.

18) Closed Requests

Ini satu kaedah psokologi win-win situation.

Contoh, “Jika murid semua menyiapkan tugasan ini tanpa membuat bising, cikgu bagi anda semua tonton ‘short clip’ Upin Ipin”. Bila semua telah menuruti arahan guru, guru mengucapkan terima kasih dan menjelaskan kenapa mereka diberikan ganjaran.

19) Jobs

Murid diberikan tugas untuk melatih mereka menyelesaikan sesuatu dengan bekerjasama antara satu sama lain. Contoh, murid bantu susun meja sebelum mula kelas, murid mengemas kelas sebelum guru masuk. Apabila ada ‘shared responsibility’  barulah murid akan pastikan rakan-rakan mereka juga memberi kerjasama semasa pembelajaran.

20) Tattle Monster

Satu kotak tisu dengan hiasan raksasa yang mengerikan disediakan. Setiap kali murid yang kerap mengadu ada aduan, mereka boleh tulis dalam sehelai kertas dan masukkan ke dalam kotak itu. Lama kelamaan murid akan memikirkan sendiri samada perlu atau tidak untuk mengadu lagi dan menghadapi raksasa itu.

21) Ignorance

Murid yang suka membuat bising di kala murid lain memberi perhatian ialah murid yang mahukan perhatian. Boleh cuba untuk ‘ignore’ terus dan lama-kelamaan murid itu sedar bahawa tiada siapa suka dan pedulikan perangainya yang sebegitu.

22) Withitness

Satu teknik oleh behaviourist terkenal, Kounin. Cikgu perlu jadi seperti orang banyak mata. Contoh, semasa cikgu mengajar, tiba-tiba Ali sedang sibuk berbual dengan Amin. Cikgu nyatakan, ‘Ali! Cikgu boleh nampak apa yang awak sedang buat dengan Amin’. Dengan itu, murid tahu mereka sentiasa diperhatikan.

23) Routines

Rutin tetap setiap kali kelas boleh melatih murid untuk lebih sedia sebelum PdPc berlangssung. Disiplin juga terbentuk. Contoh, lafaz sifir, jazz chants, nyanyian lagu dan sebagainya.

24) Rules

Perlu ada panduan tetap perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam kelas. Di awal tahun, guru perlu berbincang bersama murid-murid ‘the expected behaviours’.

25) Call Backs

Guru memanggil “If you hear me, clap your hands”. “Jika awak dengar saya, angkat tangan!”. Murid menggunakan fizikal untuk memberi respon dan jadi lebih bersedia.

26) Attention Grabbers

Guru menggunakan chants yang menarik dan berirama. Murid perlu respon secara lisan menyebabkan mereka alert.

27) Sir Yes Sir

Apabila murid mula membuat bising, guru melaungkan ‘Attention!’, dan murid lain menunjukkan tangan hormat sambil menjerit ‘Sir Yes Sir!’

28) BRILLIANT

Setiap kumpulan akan diberikan huruf demi huruf sehingga lengkap BRILLIANT. Syaratnya, bagi setiap aktiviti murid perlu mengawal tindakan mereka. Jika mereka patuh, huruf demi huruf diberikan bagi setiap pusingan. Bila lengkap huruf mereka, kumpulan yang BRILLIANT diberikan ganjaran.

29) Black Circle

Guru melukis satu bulatan besar. Setiap kali mana-mana ahli kumpulan melakukan kesalahan, lorekan kecil dibuat. Jika lorekan telah memenuhi bulatan maka satu kelas kena denda.

30) Blurt Beans

Setiap murid dapat beberapa biji kacang. Murid berusaha menjaga biji kacang mereka agar dapat mereka masukkan ke dalam botol dengan ganjaran mengikut aras. Jika perbuatan tidak baik berlaku, guru mengambil beberapa biji kacang and dengan itu melambatkan proses memenuhkan botol tersebut. Boleh juga guna guli atau yang bersesuaian.

31) Students vs Teacher

Satu petak perlawanan disediakan. Beberapa peraturan tetap ditentukan. Contohnya 10. Jika murid patuh arahan, murid yang dapat markah, jika tidak, guru yang dapat markah.

Sumber: Blog mudahmengajar

Tip/ Artikel Menarik:

Cikgu Karthikeyan kongsi strategi dan teknik menjawab Pengajian Perniagaan Semester 1 STPM 2020

Panduan mengemas meja guru agar kemas dan tersusun - Boleh rujuk tip yang dikongsi rakan guru

Tidak mampu bawa murid ke kolam renang awam, cikgu lakukan ini untuk gembirakan mereka