1.              Hadiah biasanya dijanjikan sebelum perilaku yang diharapkan terjadi

Perkara ini sering digunakan untuk mengawal atau memanipulasi anak. Ini menjadikan anak tidak memahami dengan baik alasan mengapa perilaku baik perlu dibiasakan, kerana anak hanya memberi fokus pada hadiah. Lebih parah lagi apabila yang dijanjikan tidak ditepati, kadangkala ini boleh membuat perilaku buruk anak semakin menjadi-jadi.

 

2.              Hadiah sering dianggap global

Maksudnya, ketika perilaku baik pada waktu tertentu sahaja anak dianggap baik. Biasanya apa yang berlaku adalah di lain waktu anak tidak lagi bersikap baik. Jika ingin sikap baik konsisten, maka hadiah juga konsisten (perkara ini memberatkan). Akibatnya kita mendidik anak yang hanya pandai menuntut.

 

3.              Hadiah mengajar anak untuk fokus di luar dirinya

Perkara ini menyebabkan anak sukar untuk memahami rasa dan akibat daripada perubatan baik yang akan menyenangkan di hatinya. Kita perlu mendidik rasa dan emosi anak, seperti rasa bermakna, percaya diri dan menghargai diri sendiri ketika dia berjaya mencapai sesuatu yang baik.

 

4.              Selalunya ibu bapa yang menentukan hadiah

Perkara ini menyebabkan ukuran kejayaan perilaku sering tidak seimbang. Hadiah terbaik hanya untuk perilaku yang sudah dia kuasai atau sebaliknya. Sehingga leval gread dalam pencapaian selalunya bertindih-tindih.

 

5.              Hadiah diberi jika anak sukses dalam perilaku atau pencapaiannya

Selalunya anak perlu didampingi dalam proses mendapatkan perilaku yang baik, tetapi di generasi ‘microwave’ ini, semua mahu instant, dan yang penting adalah hasil. Jadi, secara tidak sedar, ia mengajar anak memanipulasi ibu bapa, yang penting perilaku baik sudah muncul dan anak akan mendapat hadiahnya.