Mak ayah berdepan kesukaran untuk mengajar anak-anak di rumah? Mungkin tujuh tip homeschooling ini boleh membantu.  

Ayuh, kita mula dari sekarang. Semoga ia bermanfaat buat semua.

1) Buat jadual pembelajaran

Setiap hari pastikan ibu ayah siapkan jadual belajar untuk anak-anak. Sebagai contoh, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

Tak perlu set masa terlalu lama. Cukuplah sekadar 30 minit untuk satu sesi. Supaya mereka tak cepat rasa bosan.

2) Pastikan anak bersedia

Sebelum memulakan sesi pembelajaran, pastikan anak-anak sudah bersedia iaitu sudah makan dan minum. Pensel, pemadam, pembaris dan buku pun sudah tersedia di atas meja.

Jangan nanti, bila dah mula belajar, ketika itulah anak-anak mahu tajamkan pensel, cari pemadam dan sebagainya. Ini boleh mengganggu fokus mereka.

Jangan lupa, pastikan juga TV ditutup, telefon bimbit diletak jauh dari pandangan kecuali jika ibu ayah mengajar menggunakan telefon bimbit.

3) Ibu bapa mesti duduk bersama

Bila dah namanya homeschooling, maka ibu ayah cikgunya. Bila dah jadi cikgu, pastikan anda duduk mengadap anak-anak secara formal. Jangan biarkan mereka belajar sendiri sedangkan ibu ayah melihat telefon, tengok TV atau tengah makan di dapur.

Ingat…Bila waktu ulangkaji/belajar, anak-anak pastikan ibu ayah turut serta dengan mereka.

Boleh sama-sama belajar atau baca buku. Ibu ayah kan jadi contoh anak-anak. Jadi kalau nak anak-anak rajin belajar, anda pun kena la rajin belajar. Ilmu tu kan luas, macam-macam boleh belajar. Selagi kita hidup selagi itulah proses belajar takkan habis.

4) Mulakan dengan subjek kegemaran mereka

Jika ini adalah sesi homeschooling anak-anak, boleh mulakan kelas dengan subjek kegemaran supaya mereka lebih bersemangat nak belajar.

Sesi berikutnya bolehlah tukar dengan subjek lain.

Ingat, tak perlu lama-lama. 30 minit per sesi sudah memadai.

5) Mulakan bab yang mereka telah kuasai atau lebih mudah

Untuk subjek yang bukan kegemaran mereka, ibu ayah boleh mulakan dengan ulangkaji bab @ buat latih tubi yang lebih mudah dan mereka dah kuasai. Barulah mereka akan rasa enjoy dan tempoh 30 minit itu tak terasa lama pun.

Sebagai contoh, ibu bapa mahu mengajar subjek Matematik bagi anak Tahun 2.

Boleh dimulakan dengan buat ulangkaji / latih tubi Matematik Tahun 1 dahulu. Lagi pula ibu ayah dapat melatih anak-anak untuk kuasai topik asas. Bila mereka dah kuasai asas, insyaAllah bab berikutnya mereka akan lebih mudah dan cepat faham.

6) Kawal emosi

Situasi ini selalu sahaja berlaku jika ibu ayah bertukar memakai topi cikgu di rumah. Cepat je melenting bila anak-anak tak dapat faham apa yang ibu ayah ajar. Jangan.  Kawal perasaan. Ini boleh mengurangkan motivasi anak-anak dan akhirnya mereka jadi hilang minat untuk belajar.

Cara mendidik/mengajar bagi setiap anak-anak adalah tidak sama.

Penting untuk anda pelbagaikan kaedah pengajaran dan penerangan.

Mungkin tak ramai yang ada skill mengajar, dan sebab itulah cikgu kongsi tip kelima tadi.  

Bila anak dah kuasai kaedah asas, mereka akan lebih mudah faham. Bila anak cepat faham ibu ayah pun seronok.

7) Bagi reward (ganjaran)

Konsep reward ni sebenarnya sering diamalkan oleh guru-guru di sekolah. Jadi, ibu ayah buat perkara yang sama.

Setiap kali anak-anak boleh jawab soalan dengan betul dan cepat boleh berikan mereka reward.

Tak perlu barang yang mahal. Kadangkala stiker je pun anak-anak dah gembira sangat. Atau pun paling mudah bagi tunai. RM1 ke. Ikutlah kemampuan masing-masing.

Kita yang dewasa pun suka reward apatah lagi anak-anak.

Sumber: Blog Mami Husna

- Nurul Husna Zakaria merupakan guru tuisyen di Pusat Tuisyen Minda Proaktif, Parit Raja, Johor. Berpengalaman mengajar selama 11 tahun.

Artikel menarik

Realiti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa PKPB: Ini yang perlu kita tahu

Bahan pembungkus makanan daripada biopolimer mampu kurangkan pencemaran alam