Bukan mudah mahu mengajar murid (terutamanya yang berada di sekolah rendah), apatah lagi mahu mengajar mereka cara untuk menyusun atur kerja rumah, surat-surat penting dan juga nota-nota pelajaran.


Setiap mereka mempunyai karektor dan perangai yang pelbagai yang pastinya memberi anda cabaran yang tiada penghujungnya.


Mari GPS Bestari berikan tip bagaimana mahu mengajar murid anda untuk lebih tersusun dan teratur.


1. Minta mereka sediakan satu fail keras ('binder') yang mempunyai gelang besi di dalamnya.


http://support.karangkraf.com/editorial/gpsbestari/TIP%20MENGAJAR/file%20binder%20pic%20copy.jpg


2. Kemudian, minta juga mereka fail plastik berpoket yang boleh dimasukkan ke dalam gegelang besi fail.
 

http://support.karangkraf.com/editorial/gpsbestari/TIP%20MENGAJAR/plastic%20poket%20file%20copy.jpg


3. Pastikan jumlah fail plastik mencukupi bagi setiap pelajaran yang murid anda sedang pelajari. Ini untuk memudahkan mereka (dan anda juga!) untuk mengasingkan kerja rumah (dan yang lain-lain) dari satu pelajaran dengan pelajaran yang lain.


http://support.karangkraf.com/editorial/gpsbestari/TIP%20MENGAJAR/sample%20pic%20copy.jpg


4. Labelkan setiap fail plastik dengan mata pelajaran yang sedang dipelajari. Jika pelajaran banyak, ambil mata pelajaran yang banyak nota dan juga kerja rumah.



http://support.karangkraf.com/editorial/gpsbestari/TIP%20MENGAJAR/label%20plastic%20file%20copy.jpg



Sebaik-baiknya fail ini anda sediakan bersama-sama murid anda bagi mengajar mereka untuk menjadi murid yang tersusun dan penuh organisasi. Cara ini mampu memberikan mereka rasa tanggungjawab dan juga rasa bangga kerana memiliki fail seperti 'orang besar'.



Tip GPS Bestari:

Beritahu ibu bapa murid-murid agar mereka juga terlibat sekali dalam menjayakan aktiviti ini. Pastikan mereka sentiasa memeriksa isi kandungan fail agar kerja rumah dibuat dengan baik, nota-nota tiada yang tertinggal dan juga surat-surat penting dibaca dan diketahui ibu bapa.


Galakkan juga ibu bapa menghias fail anak-anak mereka dengan kata-kata semangat hasil tulisan mereka beserta juga gambar keluarga agar anak-anak rasa dihargai.



Selamat mencuba!