Seorang guru Matematik, Mohd Fadli Salleh dari Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2, Kuala Lumpur berkongsi tip mengajar dengan caranya yang tersendiri. Admin rasa, kebanyakan cikgu patut ikut cara-cara cikgu Mohd Fadli ini menarik perhatian anak-anak muridnya.

Walaupun gaya ketika masuk kelas pun, cikgu ini berjaya mengalihkan perhatian anak-anak muridnya agar tertumpu dan fokus terus kepada dirinya sehinggalah tamat waktu mengajarnya.

Kreatif! Itu yang Admin boleh katakan kerana setiap hari ada sahaja kaedah berlainan yang ditampilkan sehingga murid pun tak mengantuk dan fokus. Syabas Admin ucapkan! Ikuti apa yang cikgu ini kongsikan di ‘wall’ Facebooknya sehingga dan dikongsikan oleh ramai netizen.

********************************************************************************************************

Nak ‘share’ cara aku tarik perhatian murid seawal minit pertama lagi setiap kali memulakan pengajaran. Aku suka buat kelainan demi nak raih perhatian murid. Tugas pertama seorang guru sebelum mula mengajar pastinya menulis hari, mata pelajaran dan tarikh.

Cuba buat kelainan, kebiasaannya orang tulis hari sebelah atas (kiri), mata pelajaran atas (tengah), dan tarikh atas (kanan). Aku pernah tulis kesemua tu kat bahagian bawah. Hasilnya? Murid kehairanan lalu bertanya, "Kenapa tulis kat bawah cikgu? Selalu orang tulis kat atas." Pastu, pasti ada murid cuit kawan dia yang dok ralit melukis, dok ralit main ‘pencil box’ dan cakap, "Tengok2. Cikgu Fadli tulis hari dan tarikh kat bawah".

Baru tulis hari dan tarikh, semua mata murid tertumpu kat depan dah. Pakat perhati kelainan yang aku buat. Kadang-kadang, aku letak tarikh sebelah kiri, hari kat tengah. Nak lagi best, tulis dalam tulisan jawi atau English. Mengajar matematik je, tapi tarikh, mata pelajaran, hari malah tajuk topik yang nak diajar pun aku tulis dalam jawi. "Wah, cikgu pandai jawi la. Hebatnya!" Kagum terus budak-budak.

Tahun ni aku dapat beberapa idea baru. Aku tulis hari Selasa jadi 'SirLaSir', topik guna simbol, tarikh guna soalan Matematik dan tajuk guna gambar. Setiap kali aku nak tulis hari je, mesti dengar bisik-bisik kat belakang, "Tengok-tengok, cikgu nak tulis apa pulak hari ni". Secara tak langsung kawan yang tak tumpu perhatian akan fokus apa yang akan aku tulis.

Sesekali aku sengaja tulis Matematik tu jadi "Matahari". Terkadang tak sempat lagi aku tulis mata pelajaran, murid-murid kat belakang dah menjerit, "Matamata cikgu!", yang lain menyampuk, "Tulis Matamama pulak hari ni cikgu". Sama juga bila nak tulis tarikh, masing-masing pakat bagi idea tulis tarikh dalam ayat Matematik. Secara tak langsung, semua tumpuan murid terarah kepada apa yang aku akan tulis. Tiada lagi yang nak main pemadam bawah meja, nak melukis, nak berborak.

Nak tarik perhatian murid lebih awal sebelum tulis hari? Korang jalan mengundur sewaktu masuk kelas. Tak pun, pegang kaki sebelah sambil seret macam kaki tu patah. 'Confirm' semua mata anak didik akan tertumpu pada gelagat cikgu. "Tengok-tengok, cikgu jalan mengundur", "Tengok-tengok, kaki cikgu patah" - aku pernah buat, memang riuhlah kelas tengok gelagat aku. Rasa macam retis pulak bila dapat sambutan hangat dari murid.

Nak lagi? Dah-dah la tu. Penat dah aku menaip ni. Lain kali la pulak yer... Oh lupa, nak tahu kenapa penting sangat tarik perhatian murid? Supaya murid tumpukan perhatian kepada apa yang ingin kita ajar. Bila murid tumpu, mereka cepat faham. Moga bermanfaat terutama buat guru-guru baru dan bakal-bakal guru.

* Bagi yang tak faham simbol mata, perempuan dan 'tick' kat tengah tu, ini penjelasannya. - mata = mate - perempuan (mama) = ma - / (tick) = tik



*Pasal tulis hari Selasa jadi SirLaSir atau hari Khamis jadi CarMiss tu, jangan lupa ingatkan murid suruh tulis ejaan betul dalam buku mereka. Yang aku tunjuk ni sekadar teknik aku tarik perhatian murid je.
 

Kredit: Mohd Fadli Salleh