ANAK tak lulus ujian

Betul ke ibu bapa benar-benar redha?

Jika hari ni anak anda berkongsi slip keputusan ujian mereka dengan anda. Hasilnya lima daripada tujuh subjek adalah GAGAL

Apa perasaan anda?

PUAS HATI?

KECEWA?

MARAH?

Atau REDHA?

Kita biasa baca sharing daripada ibu bapa lain atau pakar motivasi yang menasihati ibu bapa agar redha dengan segala keputusan peperiksaan anak-anak.

Beri sokongan dan galakan pada mereka.

 

Betul ke sebagai ibu bapa kita betul-betul redha?

Apa tindakan kita untuk menunjukkan yang kita sentiasa menyokong mereka?

Cukup dah ke dengan sekadar cakap, “Tak apa nak. Ujian lepas ni buat betul-betul.”

 

Bagi Una di mulut memang kita cakap redha.

Tapi Una sure sangat mesti ada sekelumit rasa kecewa dalam hati korang.

Jangan cakap korang la.

Una dulu pun macam tu.

 

Masa tu Kakak Amani baru empat tahun.

Dahlah 1 @ 2 subjek je yang dapat A.

Kedudukan dalam kelas last pulak tu.

Walaupun masa tu hanya tujuh orang pelajar je, tetap mami frust nak oi.

 

Sebabnya masa tu niat hantar dia sekolah sekadar nak dia pandai bergaul dan berkawan je.

Tak sangka la pulak ada ujian jugak.

Memang Una langsung tak guide dia.

Yelah hari-hari balik sekolah tanya buat apa

Jawapannya “mewarna”

 

Hari-hari mewarna je ke?

Nak cek buku

Buku ditinggal di sekolah

So yelah tu kot.

Dan kalau betul kita redha tak ada lah kes sampai ada ibu bapa yang dalam diam cek result anak jiran di website kpm.

Rajin pulak dia. Stalk ic anak orang semata-mata nak pastikan result anak dia lagi bagus daripada anak jiran yang sekelas dengan anaknya.

Kalau betul redha kita tak kisah pun dengan result anak orang.

 

Bagi ibu bapa yang masih ada rasa tak redha tu.

Meh Una nak share beberapa tip dengan korang.

 

Tip mendidik hati redha dengan tahap pencapaian anak-anak

1) Kenali anak anda

Apa yang Una perasan ibu bapa terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi buat anak-anak.

Sedangkan mereka tak tahu pun sejauh mana pemahaman anak mereka di dalam pelajaran.

 

Memangla sebagai ibu bapa kita sangat mengenali anak-anak kita.

Ramah.

Bijak berbicara.

Kreatif.

 

Tapi dari segi pelajaran tak sama.

Biar pun dia bijak berbicara di rumah.

Setiap ayat dan soalan yang keluar dari mulutnya buatkan kita gembira

Kerana di luar kotak

 

Tapi di sekolah

Disebabkan hobi yang suka berceloteh tu sehinggakan guru mengajar di depan dia bersembang di belakang.

Akhirnya cikgu ajar apa pun dia tak dengar.

 

Macam mana nak kenal anak-anak?

Teruskan membaca tip yang kedua.

 

2) Luangkan masa at least 30 minit bimbing anak dalam pelajaran

Sebagai ibu bapa luangkanlah sekurangnya 30 minit sehari untuk temani anak-anak siapkan home work.

Kalau tak ada homework boleh ajak mereka baca buku sama-sama.

Tak pun belikan buku kerja untuk mereka.

Buat ulang kaji.

30 minit pun jadilah.

Tak perlu lama-lama.

 

Kalau busy sangat

Atau keletihan sebab seharian bekerja

Boleh ambil peluang hujung minggu.

 

Tujuannya untuk mengenali sejauh mana fokus anak anda sewaktu belajar.

Jangan harapkan guru sekolah semata-mata.

Guru hanya ada masa 30 minit je di dalam kelas.

Itu pun nak kena bagi perhatian kepada 20-30 orang pelajar lain lagi.

Bukan anak anda sorang je.

 

Saya tak pandai nak ajar

Macam mana nak buat?

 

Baca tip ketiga pulak.

 

3) Pantau buku kerja mereka

Sekali sekala belek la buku tulis/buku kerja anak anda.

Dari situ pun secara tak langsung kita boleh tau anak kita lemah di mana.

 

Bila dah kenal pasti kelemahan mereka

Berilah bimbingan sewajarnya

Kalau tak pandai mengajar boleh la di hantar ke tuisyen

Tapi ingat !!

Anda tetap kena pantau.

 

Biasanya saya perhatikan ibu bapa ambil jalan mudah

Bila anak dah pergi kelas tuisyen

Otomatik next test mesti ada peningkatan.

 

Sehinggakan ramai yang lepas tangan.

Padahal anaknya dah tahun satu pun belum boleh membaca lagi.

Tak kenal huruf.

Jadi cikgu tuisyen terpaksa mula ajar dari awal.

Padahal sekarang ni silibus tahun satu dah mewajibkan pelajar tiada masalah 3M.

 

Sebagai ibu bapa inilah galakkan dan sokongan yang kita perlu beri.

Biar pun mereka dah ke kelas tuisyen pagi petang siang malam

Tetap anda kena observe mereka

 

Bila kita kenal mereka

Kita tau di mana kelemahan anak kita

Di mana kehebatan mereka

Jadi sedari awal kita dah boleh jangka bagaimana keputusannya

Jadi bila result keluar insya-Allah kita akan lebih redha.

 

Ini tidak

Anak kita sendiri

Tapi guru di sekolah yang lebih mengenali.

Bila anak tak mencapai piawai yang kita harapkan

Atau tak sehebat kita semasa sekolah dulu

Mana maunya nak datang redha tu.

 

Dekatilah anak anda.

Mulakan sejak mereka masih kecil

Teruskan walaupun mereka dah boleh berdikari sendiri

Insya-Allah anak ni bakal membanggakan dan membahagiakan anda suatu hari nanti.

 

Jika perkongsian Una ni dapat memberi manfaat kepada ibu bapa, sebarkanlah supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaat nya.

Cikgu Nurul Husna Zakaria

 

Sumber: Blog Mami Husna

- Nurul Husna Zakaria merupakan guru tuisyen di Pusat Tuisyen Minda Proaktif, Parit Raja, Johor. Berpengalaman mengajar selama 11 tahun.  

Tip menarik:

'Panduan langkah demi langkah bina Google Classroom sendiri berserta video' - Cikgu boleh cuba ni

Mudahnya tanda jawapan murid di telefon, ini kaedahnya yang boleh cikgu cuba