BERCERITA soal Pembelajaran Abad ke-21. Sudah pasti ramai guru-guru diluar sana telah mencuba PAK21 ini. Malah, telah ramai yang berjaya membudayakan amalan ini dalam bilik darjah mereka.

Jika ada yang belum jelas, atau ragu-ragu, maka di sini Cikgu cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah, Norhailimi Abdul Mutalib kongsi 5 tips yang boleh membantu guru diluar sana untuk menjalankan Pembelajaran Abad ke-21 dengan baik di dalam kelas.

1.Pelbagaikan Strategi PdPc

Sebagai guru, perlu kreatif dalam mempelbagaikan strategi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Ini adalah bertujuan memberi murid kemahiran yang diperlukan untuk mereka menjadi kreatif, kritis, belajar untuk berkolaborasi dan berkomunikasi menyampaikan idea mereka. Cikgu diminta supaya tidak terikat dengan hanya satu-satu strategi. Pasti pelajar akan merasa bosan.

2. Beri Masa dan Peluang

Kelancaran aktiviti semasa PDPC dibantu oleh berapa banyak kalinya murid dilatih untuk 'PdPc bentuk baharu'. Maka jangan berputus asa jika cubaan kali pertama cikgu gagal. Pelajar juga perlu diberi peluang dan masa untuk mereka belajar membentuk kumpulan, melakukan tugasan, membentang dan lain-lain. Laburkan sedikit masa sekarang, untuk masa depan yang lebih menyenangkan.

3.Arahan Jelas

Cikgu memberi sebarang tugasan kepada murid, pastikan arahan jelas disediakan. Apa yang perlu ada?, bagaimana perlu dipersembahkan kepada murid?. Ini untuk mengelakkan hasil kerja murid yang tidak memuaskan hati guru. Selain itu, arahan kena jelas.

4. Kepercayaan dan Bimbingan

Memberi kepercayaan dan bimbingan kepada murid. Barulah kita boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Belajar untuk beri kepercayaan kepada murid. Percaya dengan kebolehan mereka. Percaya bahawa mereka boleh lakukan, dan bimbing mereka jika perlu. Telah banyak keajaiban dilihat, dengan hanya sedikit kepercayaan.

5. Hak Murid Untuk Belajar

Kembalikan semula hak murid untuk belajar. Hak murid untuk mencari dan meneroka ilmu. Rangsang minat dan rasa ingin tahu murid. Seperti selalu, bukan ikan yang hendak diberi, tetapi pancing dengan sendiri, supaya dapat lebih ikan yang mereka boleh pancing selepas ini. Jika ini yang anda amalkan dalam bilik darjah, pasti semua akan berjaya.

Ditulis dan kongsi tips yang sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada guru yang menjalankan Pembelajaran Abad ke-21. Teknik ini berdasarkan pengalaman Cikgu Hailmi di dalam kelas. Semoga memberi manfaat.

Sumber diperoleh:
5 Tips Untuk Guru Yang Menjalankan PAK21