TIGA tip untuk guru-guru semarakkan kelas bersemuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kelas selepas PKPP ini akan berubah dah cikgu-cikgu. Tak boleh pergi ke meja murid, guru berada di hadapan. Murid statik di meja mereka saja. Tiada aktiviti berkumpulan yang melibatkan pergerakan. Mudahnya, Aktiviti PAK21 tidak boleh dilaksanakan lagi.

Risau jugak ni, mau kita jadi pelakon sorang-sorang bercakap kat depan.

Saya cuba kongsi tip yang boleh sama-sama kita praktikkan.

1) Pastikan setiap murid membawa MINI WHITE BOARD. Selingan setiap kali mengajar, bagi teka-teki atau kuiz sikit kat murid. Mereka akan menulis jawapan pada white board peribadi mereka dan angkat jawapan untuk kita semak. Boleh juga minta mereka bacakan jawapan atau rakan bacakan jawapan yang tertulis pada white board sesama mereka. Ini penting untuk elak mata hanya tertumpu pada white board guru. White board boleh digunakan berulang kali, tulis dan padam. Simpan saja dalam laci. Bosan menulis, suruh murid lukis pulak atas white board tu. Apa saja, janji tangan mereka bergerak.

2) FINGER EVALUATE.

Ajar murid gunakan jari untuk tentukan tahap kefahaman. Guru boleh tentukan sendiri apa simbolik bagi setiap jari. Paling mudah (rujuk gambar)

1 jari (telunjuk) : Saya tidak faham

2 jari : Saya perlu penerangan lebih lanjut

3 jari : Masih ada yang saya kurang faham

4 jari : Saya faham

5 : Saya faham dan boleh terangkan pada rakan lain

Finger evaluate ni boleh guna setiap kali subtopik atau di akhir kelas. Boleh juga suruh murid berdiri untuk mengelakkan mereka bosan duduk. Melekat pada kerusi saja. Berbanding kita tanya secara menyeluruh dalam kelas

“murid-murid faham tak??”

Yang respons biasanya yang aktif. Yang tidur tetap lena dibuai mimpi.

3) Manfaatkan teknologi sebaiknya. Kalau tak boleh gerakkan murid ke makmal komputer atau bilik khas, cikgu boleh angkat gadget berkaitan ke dalam kelas. Cara ni mungkin agak sukar sikit tapi sebenarnya sekarang banyak alat canggih yang kecil, portable dan mudah digunakan. Ramai juga cikgu-cikgu gunakan alat peribadi sendiri untuk ‘membawa masuk’ teknologi ke dalam kelas (tabik spring cikgu).

Contoh penggunaan ipad, handphone, laptop, speaker, lcd atau screen mirroring. Sediakan bahan lebih awal, pastikan line internet stabil atau sebaiknya download bahan lebih awal untuk mengelakkan masalah semasa mengajar. Ajarlah mereka dengan menunjukkan video yang hebat, slide yang berwarna-warni atau bunyi audio yang mampu membawa mereka ke dunia lain. Awal-awal memang sakit sikit nak prepare, tapi hasilnya memang kebaboom! Pasti menjadi kelas yang paling diingati oleh murid.

Itu saja antara perkongsian setakat ni. Kalau sesuai boleh sama-sama try and error. Kalau rasa tak ngam, boleh tolak tepi. Kita cikgu. Kitalah raja dalam kelas kita. Kita yang tau apa terbaik untuk kelas kita.

Sumber: Facebook Salbiah Salleh

- Dr Salbiah Mohamed Salleh merupakan guru Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan

Tip menarik:

Ini sebab murid tak suka subjek Matematik...Cikgu Shaza kongsi puncanya

Susah belajar Sejarah? Guru Cemerlang kongsi lima tip untuk buat pelajar suka dan skor subjek ini