Mahu mengajar murid anda huruf dan juga nama benda bermula dari huruf-huruf tersebut? GPD Bestari ada alatan terbaik.



Bina muzium huruf! Anda hanya perlukan beberapa barangan sahaja, malah anda boleh gunakan bahan terbuang untuk menghasilkan muzium ini. Mari kita mulakan!
 

http://support.karangkraf.com/editorial/gpsbestari/TIP%20MENGAJAR/bahan%20pic%20copy.jpg



Bahan:

Kotak (pastikan bilangannya cukup untuk huruf A-Z)
kertas warna
Pen marker
Gunting, pita pelekat atau gam


Cara membuat:

1. Gunting bahagian penutup kotak agar ia lebih kemas. Jika anda tidak mahu potong, pastikan anda lekat sisinya sebaik mungkin.
2. Lekat kertas warna di bahagian dalam kotak agar ia kelihatan cantik dan menarik.
3. Setelah gam sudah kering, tulis huruf ke dalam setiap kotak dar A-Z.
4. Akhir sekali susun kotak-kotak itu (terpulang kepada kreativiti anda) untuk membentuk muzium yang anda inginkan.


Letakkan 'muzium' ini di bahagian belakang kelas atau mana-mana yang anda rasa sesuai. Setiap hari, beritahu murid anda untuk memilih satu huruf dan suruh mereka bawa apa sahaja barang yang bermula dengan huruf tersebut.


Anda boleh memulakan kelas dengan muzium ini agar murid-murid anda sentiasa berada di dalam keadaan yang seronok dan gembira. Selamat membina!