Jika sudah sehari suntuk menaip, penat jugakan… kan seronok jika hanya dengan bercakap, teks tersedia tanpa perlu menaip. Tapi ada ke? Cikgu-cikgu… jangan tak percaya, semua ada di hujung jari. Hanya dengan membaca sahaja, document sudah merekod dan menterjemahkannya dalam bentuk teks lengkap.

Nak tahu caranya? GPS Bestari sediakan untuk cikgu cuba… memang seronok…

Kaedah yang boleh dicuba...

1.Buka Google dan taip GOOGLE DOCS dalam ruang cari.


2.Kemudian klik pautan tersebut.

3.Pilih Personal ( Go to Google Docs)

4.Klik ruang BLANK

5.Apabila keluar untitled document, klik TOOLS dan pilih VOICE TYPING


6.Pilih pilihan bahasa

7.Pasang microphone di PC atau laptop, kemudian kik simbol microphone. Pastikan simbol tersebut bertukar menjadi merah.


8.Teruskan bercakap dan membaca, google document akan menaipkan untuk anda…

Senangkan… selamat mencuba.