MENYEDIAKAN pembelajaran berbentuk Google Form adalah satu medium yang sangat senang dan ramai guru membuatnya dengan cemerlang.

Tambah lagi, kuiz atau soalan ulangkaji boleh dijawab pelajar secara online di rumah serta tidak perlukan cetakan.

Ianya juga boleh terus ditanda secara automatik seterusnya pelajar dapat mengetahui jawapan mereka betul atau salah dan markah mereka perolehi.

Jadi guru pun mahu melihat 'responses' ataupun jawapan pelajar bukan?

Oleh itu, mari kita tengok cara Cikgu Ain atau nama sebenarnya, Nurul Ain Jamalluddin Al Amini yang juga merupakan guru bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK) Manjoi Satu, Ipoh ini menunjukkan cara melihat 'responses' atau jawapan pelajar di Google Form.

+++

INI KALI, kita belajar cara tengok responses ataupun jawapan murid-murid pula.

Buat goolge form memang senang, semua orang boleh buat berpuluh-puluh template dan share pada anak-anak murid setiap hari..

Tetapi takkan sebagai guru yang dedikasi, amanah, bertanggungjawab dan cemerlang, kita taknak semak dan 'analyze area of weakness of our beloved pupils.'

So disini, saya sertakan video (bonus suara lunak saya) untuk halwa telinga semua.

Oh ya, untuk mempelajari cara semak kerja murid melalui GOOGLE FORM, jangan lupa untuk 'install' Apps FormsApps ya cikgu!

atau boleh tengok di sini : Cikgu Ain tunjuk cara tengok 'responses' pelajar

Artikel menarik:

'Saya buat cara old school. Guna Whatsapp aje' - Guru lain boleh ikut cara Cikgu Ain tak pening

Guru ini buat video cara mudah 'login' Google Classroom sebagai murid.. mohon ibu bapa bantu

Patutlah ramai cikgu buat Google Classroom...rupa-rupa ini faktornya

11 nota asas Matematik yang wajib dan sepatutnya murid tahap dua kuasai

Mudahnya tanda jawapan murid di telefon, ini kaedahnya yang boleh cikgu cuba