Nak  berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan, perlu usaha lebih, dengar cakap guru dan manfaatkan masa belajar di dalam kelas dengan sebaiknya. Jika anda tidak fokus dan ‘main-main’ dalam kelas, khuatir apa yang cikgu ajar itu tidak dapat dihadam dengan baik.

Untuk menjadi seorang murid yang cemerlang dan berjaya, Guru Bahasa Melayu Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Kenering, Gerik, Perak, Cikgu Ahmad Safarman Dollah ini ada kaedahnya.

Anda yang perlu patuhi tujuh tip berikut.

1. Bermula dari rumah

Mengulangkaji dan wujudkan suasana belajar dari semasa ke semasa. Gandakan usaha tekadkan semangat mengulang kaji saat peperiksaan menjelang tiba. Fokus pada kertas peperiksaan yang akan dijawab keesokan pagi. Tindakan ini membuatkan adanya kesungguhan, semangat, daya saing untuk terus memberikan yang terbaik.

2. Kerja sekolah mesti siap

Perkara ini yang paling membuatkan hati guru menjadi gusar dan remuk-redamu. Pagi-pagi lagi guru akan melenting, membebel, mengamuk, memekikkan malang dan terganggu emosi, andai ada murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Jadi, tekadkan dalam diri anda tidak  mahu lagi menjadi seorang 'pencuri'. Pencuri dimaksudkan adalah pencuri masa cikgu dengan masalah yang anda bawa di dalam kelas. Jangan menjadi seperti kerbau membawa lumpur dan masalah kepada semua orang.

3. Fokus dalam kelas

Jangan leka dan fokus apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Duduk di dalam kelas bukan macam kera kena belacan. Guru ibarat ibu dan ayah. Ini kerana keberkatan ilmu datangnya dari seorang guru. Murid yang bersahsiah tinggi, ilmu senang diserap masuk ke dada. Paling penting, jangan sesekali biadap dan tidak menghormati guru. Tanamkan dalam diri jangan sesekali sakiti hati seorang guru. Bila mana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan murid maka tunggulah saat kehancuran.

4. Isi masa terluang

Andai kata, ada guru lewat masuk ke kelas, murid seharusnya bersedia mengulang kaji pelajaran dan bukannya mengambil peluang untuk bersembang dan mengacau kawan lain  membabi buta. Bersedia dengan buku sepanjang masa dan menjadi ulat buku, bertanya kawan dan menghafal formula yang telah dipelajari. Ingat, waktu PDP adalah waktu hakiki anda mengutip ilmu. Lupakan segala aktiviti luar kelas yang lain.

5. Fahami soalan dan kaedah menyelesaikannya

Penting bagi seorang murid untuk memahami soalan yang diberikan oleh guru. Bertenang, elakkan tekanan dan cuba baca dengan betul soalan yang dinyatakan. Kemudian lapangkan fikiran dan fikir. Sesukar manapun soalan, anda pasti akan dapat menjawabnya, sekiranya anda faham kaedah untuk menyelesaikannya.

6. Semak apa yang dijawab

Jangan yakin dan rasa diri terlalu pandai. Selepas menjawab murid mesti semak jawapan. Pastikan imbuhan, tanda baca, ejaan, isi, fakta, huraian dan contoh yang diberikan adalah betul dan tepat. Kesalahan ejaan paling penting. Ini kerana dengan kesalahan ejaan mampu menjadikan markah murid berkurangan. Jadi semak selepas menjawab bukannya duduk berangan dan hanyut ke lautan, bulan dan bintang.

7. Latihan berkumpulan.

Latihan berkumpulan membantu murid menguasai formula yang dipelajari. Selain dapat bertukar pandangan murid juga dapat melatih pemikiran  untuk fokus. Ia secara tidak langsung dapat tajamkan daya ingatan  dalam pembelajaran. Ingat, latih berkumpulan bukannya 'menggetah bawang'. Kurangkan bercakap, bukannya banyak sembang macam gajah pun boleh terbang.

Selamat menuju kejayaan. Jangan sakiti hati guru-guru tahun enam.
 

ARTIKEL MENARIK:

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi

'Tariklah saya ke syurga' - Pesan Cikgu Khairul dalam video tular peluk murid Pendidikan Khas

‘Saya nak jaga mak, ayah…”- Guru ini dedah kisah sebenar tinggalkan pelajar istimewa

Patutlah beliau dinobat Guru Pendidikan Khas Terbaik Asia.. niatnya murni, usahanya tanpa batas

Tragedi bot terjunam ke dasar tasik - 'Perginya' Cikgu Fauzi buat Cikgu Rahman rindu kenangan lalu

Sejarah nama lima sekolah yang terkenal di Malaysia - Ini faktanya