Tidaklah sukar untuk melahirkan sebuah karangan jika seseorang itu memahami teknik untuk menghasilkan karangan.

Selain pendahuluan, isi dan penutup, bahagian-bahagian lain seperti perenggan, kosa kata, tatabahasa, dan ejaan juga penting.

Untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik, Guru dari SK Batu Luking, Sarawak, Cikgu Asraf Selajudin ada tipnya.

“Ramai ibu bapa yang mesejsaya berkaitan masalah penulisan karangan. Mereka mendapati anak mereka masih lemah dalam penulisan karangan. Jadi saya ingin kongsikan tip bagaimana cara untuk membimbing anak yang lemah dalam penulisan karangan.”

Mari kita mulakan….

1. Gunakan isi dan ayat yang mudah.

Latih anak menulis karangan menggunakan isi dan ayat yang mudah terlebih dahulu. Secara berperingkat, minta mereka kembangkan isi karangan tersebut.

2. Perkenalkan kosa kata yang baru.

Kebanyakan murid lemah menulis karangan kerana kurang atau tidak banyak menguasai kosa kata. Ibu bapa boleh "highlight" perkataan tertentu yang ada dalam majalah atau buku. Kemudian minta anak mencari makna perkataan tersebut. Secara tidak langsung, anak dapat belajar kosa kata baharu.

3. Tetapkan sasaran masa

Adakalanya murid mampu menulis karangan yang baik tetapi tidak mampu menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Mulakan dengan memberi kelonggaran masa kepada anak untuk menyiapkan satu karangan. Kemudian kurangkan kelonggaran masa tersebut secara berperingkat sehingga 20 - 35 minit sahaja untuk setiap karangan.

4. Banyakkan latihan.

Ya, memang betul. Ini bukanlah bermakna perlu membuat latihan karangan setiap hari. Mulakan dengan satu karangan untuk seminggu. Kemudian ditambah sehingga tiga atau empat karangan untuk seminggu. Ini sudah memadai sebenarnya.

5. Pujian dan dorongan.

Pastikan memberi pujian kepada anak yang berjaya membuat karangan dengan baik. Mereka akan rasa dihargai dan lebih bersemangat. Anak yang masih lemah pula perlu diberi dorongan. Dorongan yang berterusan akan menjadikan mereka kekal bermotivasi untuk menulis karangan.

Semoga bermanfaat.

- Cikgu Asraf -

Channel Telegram: Cikgu Asraf

t.me/cikguasraf

Artikel berkaitan:

Kenali 15 guru hebat dan handal, ikuti perkongsian Cikgu Fadhli Salleh tentang mereka

Musim PKP: Gigih Cikgu Nazmi jelajah 13 kampung, hantar kerja sekolah murid

Aktiviti menyeronokkan yang anda boleh buat sepanjang PKP

PKP pun pelajar hantar kek sempena hari lahir cikgu, Cikgu Donze terharu terima kejutan

PKP bulan 'bulan madu' - Guru Cemerlang Matematik kongsi tip mudahnya belajar atas talian

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi