"Saya terima beberapa pm daripada ibu bapa yang risau tentang kelemahan anak mereka menguasai simpulan bahasa. Sebahagian besar murid memang lemah dalam simpulan bahasa. Jadi, kerisauan ibu bapa itu ada asasnya. Meh, saya kongsikan tip bagaimana ibu bapa boleh menjadikan anak mereka mahir dalam simpulan bahasa,"- Guru dari SK Batu Luking, Sarawak, Cikgu Asraf Selajudin.

Mempelajari banyak simpulan bahasa dalam satu masa tidak akan menjadikan mereka mahir. Sebaliknya anak akan lebih keliru. Sebagai permulaan, mulakan dengan menggunakan contoh/tema yang dekat dengan anak seperti anggota badan.

Tunjuk anggota badan dan kaitkan dengan simpulan bahasa yang berkaitan. Pastikan anda terangkan maksudnya sekali.

Contoh:

Telinga: Telinga nipis

Hidung: Hidung tinggi

Muka: Muka tebal

Bila anak sudah mahir simpulan bahasa bertemakan anggota badan, "upgrade" ke simpulan bahasa yang menggunakan tema anggota badan dan haiwan sekaligus (combo). Tunjukkan anggota badan bersama dengan gambar haiwan. Kaitkan kedua-duanya dalam bentuk simpulan bahasa.

Contoh:

Telinga: Telinga lintah

Kaki: Kaki ayam

Mulut: Mulut murai

Begitulah seterusnya untuk mempelajari simpulan bahasa yang lain. Dengan cara ini, anak akan lebih faham. Ingat, simpulan bahasa ini perlu dipelajari secara berperingkat dan bukannya sekaligus.

Semoga ilmu ini bermanfaat.

Artikel menarik:

Bersederhana dalam penampilan. Ini yang patut guru tahu bila bergaya ke sekolah

'Perlu jaga imej' - Guru ini kongsi empat elemen imej yang perlu ada pada pendidik

'Saya takkan lupa tanggal 17 Mac!’- Pengetua kongsi pengalaman, disahkan hidap kanser dan Covid-19

Tiga guru hebat yang jadi sebutan ramai tahun ini. Jom kenal dengan lebih dekat