Sekarang ini memang zaman TikTok.

Buka sahaja telefon bimbit, pasti kita akan lihat variasi video TikTok yang dihasilkan oleh anak-anak muda.

Guru Cemerlang Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Kedah, Norhailmi Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hailmi berkata, video TikTok banyak kelebihannya.

“Sebagai guru, saya rasa kita boleh gunakan saluran ini untuk menyampaikan pelbagai isi kandungan ilmiah kepada pelajar.

“Saya menaruh keyakinan bahawa, pelajar akan mendapat banyak ilmu apabila mereka mengikuti content yang kita buat,” ujarnya.

Cikgu Hailmi berkata, permulaan dia melibatkan diri dalam video TikTok apabila dirinya melihat salah seorang pelajarnya leka melayari aplikasi tersebut.

“Sekumpulan pelajar sangat khusyuk menonton TikTok sehingga tak sedar yang saya perhatikan mereka. 

“Aneh dengan kelekaan anak-anak didik ini, maka saya sendiri cuba join mereka. Tak sangka, saya pun jadi leka dan ketagihan dengan konsep video satu minit ini. Padu dan cepat sampai mesejnya!

“Amazingly, aplikasi TikTok ini cukup bijak membaca minat kepada content yang kita suka, berdasarkan masa tontonan kita. Lagi lama anda tonton video lucu, maka lagi banyak video lucu akan disogokkan kepada anda,” katanya.

Aplikasi yang dibina dengan kajian sikap pengguna selama lima tahun itu, benar-benar memanipulasi kehendak kita sebagai pengguna.

“Konsep video pendek, disertakan dengan lagu latar yang catchy sangatlah memberikan bentuk ketagihan pada pengguna.

“Sebab itu tak hairanlah TikTok antara aplikasi termuda yang mencecah satu billion muat turun dengan majoriti pengguna adalah Gen Z berusia 15 - 25 tahun. Dan mereka meluangkan masa sehingga 50 minit setiap hari untuk Tiktok.

“Justeru, sebagai guru, takkan kita nak biarkan mereka dengan isi kandungan yang sebegitu,” soalnya.

Seperti mana media sosial yang lain, Cikgu Hailmi percaya cara bagaimana guru-guru menggunakan aplikasi itu sangatlah penting.

“Apa kata kita ambil tanggugjawab untuk hasilkan content ilmiah yang bermanfaat untuk pelajar kita guna di Tiktok pula.

“Oh ya, tau tak nak hasilkan video Tiktok lebih mencabar kreativiti saya berbanding video YouTube?!

Sumber: Blog Cikgu Hailmi

Layari TikTok menarik Cikgu Hailmi di https://vt.tiktok.com/ZSq1fBFa/

Artikel menarik

3 teknik yang perlu cikgu guna sepanjang PdPR berlangsung. Moga bermanfaat!

Ibu bapa kongsi gambar anak berbaju sekolah ketika kelas maya, Cikgu Roslee sayu rindukan murid