TUJUH tip untuk guru baharu ini dikongsikan oleh guru Kimia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18, Shah Alam, Khalilah Mohd Haidzir.

Mari ikuti perkongsian beliau.

1) Senyum dengan semua orang

- Mohon setiap guru baharu tidak hanya mengukir senyuman pada pengetua sahaja sebaliknya senyumlah pada semua warga sekolah termasuk makcik kantin dan juga pekerja pejabat.

2) Jangan lupa tegur dengan guru-guru lama, walaupun nampak sombong, tegurlah mereka. Kitakan guru baharu.

3) Jangan menolak kerja kerana kerja-kerja itulah yang membantu menaikkan cara kita bekerja.

4) Jangan menyendiri dan suka berseorangan. Carilah kawan dan bergaul dengan rakan-rakan guru yang lain.

5) Berbaik-baiklah dengan makcik kantin, pembantu makmal dan ramai lagi. Belajar dengan mereka. Jika tidak tahu, tanyalah.

6) Jangan sombong. Tegur ibu bapa yang datang ke sekolah. Luangkan masa bercerita mengenai anak mereka.

7) Jangan datang lambat ke sekolah. Tepatilah masa.        
 

Artikel Menarik:

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

12 tip untuk guru baharu dan yang bakal berpindah - Faham dan hadam

Guru perlu mempunyai jiwa dan minda pendidik, jalankan tugas dengan amanah