KESUKARAN mendapatkan cecair basmi kuman ('hand sanitizer') di pasaran, guru Sains ini berkongsi langah demi langkah cara menghasilkan sanitizer yang mampu membunuh virus Covid-19 dengan guna empat bahan sahaja.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Jitra, Kedah, Norhayaty Yahya menggunakan bahan yang boleh dibeli di kedai menjual barangan membuat kek dan secara online.

Beliau yang juga dikenal sebagai Cikgu Mc Nor pernah dinobat Ikon STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Guru Sekolah Rendah Negeri Kedah 2018.

Dengan cara yang beliau kongsikan ini, anda boleh hasilkan satu liter cecair basmi kuman dengan kos hanya sampai RM22 dan mengikuti beberapa langkah mudah.

Bahan:

1. 750 ml alkohol isoprofil (Isoprophy Alcohol) (99.8%)

- Beli di Shoppee RM47 untuk dua liter. Sebenarnya banyak pilihan harga, boleh juga tengok senarai barangan dari pembekal bahan kimia.

2. 50 ml hidrogen peroksida (Hydroden Peroxide) (3%)

- Beli di mana-mana farmasi dengan harga RM6 lebih.

- Yang dijual dikedai mempunyai kepekatan 6%.

- Untuk kulit, kita perlu kepekatan 3% sahaja. Oleh itu kita perlu kurangkan kepekatan hidrogen peroksida (H2O2) dengan mencampurkan dengan 50% air biasa terlebih dahulu  sebelum digunakan.

- Jumlah yang diperlukan ialah 25 ml (6%) + 25 ml air = 50 ml hidrogen peroksida berkepekatan 3%.

- Kepekatan H2O2 yang tinggi akan merosakkan kulit.

3. 200 ml gliserin (Glycerin)

- Boleh beli di kedai menjual barangan membuat kek pada harga RM3 untuk 30 ml.

- Fungsi gliserin adalah sebagai pelembap.

4. Air (untuk mengurangkan kepekatan hidrogen peroksida)

Formula:

Alkohol isoprofil  - 75%

Hidrogen peroksida  -  5% (kepekatan 3%)

Gliserin  - 20%

TOTAL             - 100%

Cara:

1. Masukkan gliserin dan hidrogen peroksida ke dalam larutan alkohol dan kacau dengan penyepit makanan.

2. Apabila dah sebati cepat-cepat tuang ke dalam bekas atau botol. Proses ini perlu dilakukan dengan cepat kerana sifat alkohol mudah meruap.

3. Goncang botol beberapa kali.

4. Tuang ke dalam 'dispenser' atau botol penyembur supaya mudah dibawa ke mana-mana. Siap.

Artikel lain:

Jom cikgu sepakat bersama berganding bahu #DudukRumah

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain