'ADA beberapa tip untuk bantu anak-anak yang lemah dalam Matematik.'

Itu kata guru Matematik Sekolah Kebangsaan SLDB No.1, Mukah Sarawak, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor.

Menurutnya, empat tip yang dikongsi ini, adalah untuk membantu murid-murid yang mendapat markah rendah dalam subjek tersebut.

"Mak ayah boleh cuba di rumah. Saya yakin, tip ini dapat membantu anak-anak untuk skor A dalam ujian mahupun peperiksaan Matematik nanti," katanya.

**********

Tip untuk tackle anak lemah dalam Matematik

1) Tarik minat mereka

Banyak cara untuk tarik minat anak-anak kita. Antaranya adalah dengan cara kita sebagai ibu bapa perlu minat pada Matematik itu terlebih dahulu. Jadikan Matematik ini sebagai topik perbualan seharian.

Selain itu, jelaskan pada mereka akan kepentingan belajar Matematik. Bukannya apa, ada segelintir murid yang tak tahu pun kenapa mereka perlu belajar Matematik.

Rata-rata mengatakan untuk jawab soalan peperiksaan. Itu salah ya!

Maklumkan pada mereka bahawa Matematik ini adalah satu subjek yang sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. Dari kita bangun tidur, hinggalah nak lelapkan mata. Semuanya berkait dengan Matematik. Explain lah dengan cara yang mudah untuk anak kita faham.

2) Sedikit-sedikit

Dalam satu helaian lembaran kerja, elak untuk beri soalan yang terlalu banyak. Bila nampak soalan yang banyak, mereka akan merasa terbeban untuk selesaikan kesemua soalan itu.

Mereka yang lemah dalam Matematik ini cepat down. Cepat menyerah dan mengaku kalah walaupun belum mencuba.

Cadangan saya, cukup satu lembaran kerja itu dengan empat ke lima soalan sahaja. Bina keyakinan mereka dahulu. Letakkan trust yang mereka boleh selesaikan lima soalan tersebut. Secara tak langsung, mereka akan tanam dalam minda mereka bahawa kalau lima soalan itu mereka boleh buat dengan cemerlang, why not untuk 15 soalan yang perlu mereka selesaikan.

Ini dinamakan sebagai proses pembelajaran.

Umpama seorang anak kecil yang baru pandai berjalan. Jangan paksa mereka untuk berlari. Tapi biarkan mereka berjalan sedikit demi sedikit. Belajar seimbangkan badan. Bila trust dah ada dalam diri mereka, mereka akan berlari dengan penuh girangnya.

3) Pujian

Siapa yang tak sukakan pujian? Selepas selesai lima soalan tersebut, semak dan bincangkan langkah penyelesaian. Sekalipun jalan kerja mereka salah, berikan mereka pujian kerana dah cuba yang terbaik.

Percayalah, mereka akan terus cuba untuk berikan yang terbaik pada hari-hari mendatang. Sesungguhnya, kegagalan yang paling kita risaukan adalah gagal untuk mencuba.

Jadi bila mereka dah mencuba, kita puji dan terus berikan mereka motivasi serta galakkan. Elakkan untuk memarahi dan kondem mereka. Dalam diri mereka sendiri tak ada trust. Tak ada keyakinan. Kondem dari kita hanya akan mengeruhkan keadaan sahaja.

4) Percaya

Kita sebagai ibu bapa dan guru, harus ada rasa percaya pada anak-anak kita. Jangan berhenti berharap. Jangan jadikan perkataan mustahil sebagai zikir harian. Takut betul-betul mustahil jadinya.

Percaya, bergantung harap dan berdoa lah pada Tuhan.

Just keep believing. Selagi mana ada usaha, selagi itu ada jalan. Selagi itu belum pengakhirannya.

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Artikel Menarik:

Teknik graf bantu pelajar Tingkatan Dua hafal Pengasas Kesultanan Negeri dengan mudah

111 pelajar SBP Integrasi Gombak jayakan Teater Muzikal Mahsuri

Cara pengiraan untuk ganjaran Gantian Cuti Rehat dengan wang tunai