PERKONGSIAN guru Matematik Sekolah Kebangsaan Gombak, Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang cara mengajar anak di rumah supaya tidak tertekan.

Ada tujuh cara mudah yang disediakan Cikgu Mohd Fadli ini. Jom hadam.

1) Ajar soalan mudah dahulu.

Ini sangat penting untuk mendorong anak rasa bersemangat dan yakin diri. Walau anak dah di Tahun Lima atau Enam, sebelum mula latih tubi, soal soalan senang seperti 6+9, 23-8, 7x6 dan seumpamanya.

Suruh mereka congak. Jika betul puji la sikit. Ni masa salah kemain marah, masa betul kau tak puji.

 

2) Pastikan semuanya bersedia.

Sebelum belajar lebih dengan serius, pastikan semua dah bersedia. Anak dah kenyang. Dia dah kencing. Karang baru ajar sepatah mula anak minta nasi atau nak ke tandas.

Alatan juga perlu lengkap. Pemadam, pensel, pembaris semua dah ada kat tepi. Elok juga letak botol air sekali. Tak ada la dia berlari ke dapur dengan alasan dahaga. Lagi elok, rotan pun ready juga.

 

3) Duduk dengan keadaan sedia dan fokus.

Ini part penting. Kalau boleh belajar di meja. Kalau di atas lantai, pastikan dia duduk tegak semasa penerangan kalian. Lepas tu dia nak meniarap masa buat latihan, silakan.

Jangan pasang tv. Jangan ada telefon disisi dia melainkan ianya digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Adik-adik dia yang kecil jangan bagi duduk berdekatan. Nanti koyak buku dia pula dan menangis meragam.

 

4) Sentiasa bersoal jawab untuk memastikan kefahaman mereka.

Ini kau ajar je sehala, suruh anak terus buat. Bila anak tak dapat mula menjadi singa. Padahal, kau terangkan kat dia tu tak sampai.

Galakkan anak bertanya dan guna teknik pertanyaan yang betul. Galakkan dia berfikir. Nak tulis bab teknik penyoalan, boleh jadi satu buku ni weh. So, simple je aku bagi contoh :

"Berapa dapat panjang A ke B ni?"

"20cm mama."

"Kenapa 20cm? Kenapa bukan 25cm macam panjang C ke D?"

Kalau dia garu kepala tak tahu nak jawab macamana, kau tolong jawabkan lah.

"Sebab, A ke B kan ken tambah ni tambah ni."

Guru yang baik sentiasa meransang minda murid untuk berfikir dan menjawab. Bukan bagi jawapan direct gitu je.

 

5) Jangan belajar berterusan.

Budak-budak ni, fokus mereka cuma pada 30 minit pertama. Lepas tu dia akan mula bosan. Jadi 30 minit pertama inilah kau kena guna betul-betul untuk pastikan mereka faham setiap penerangan kau.

Selepas faham, kena susuli dengan sesi soal jawab secara lisan. Lepas tu terus buat latih tubi berkaitan dengan apa yang kita terangkan. Jangan kau pergi terangkan bab Bundar kau suruh dia jawab bab Perimeter pula. Pening budak tu nanti.

 

6) Kena ada unsur kecindan dan permainan.

Dalam mengajar tu selit la sikit unsur-unsur humor. Buat lawak ke apa. Bagi mereka gelak-gelak dan seronok. Bukan serius macam rimau memanjang.

Dan kalau selit aktiviti permainan pun bagus. Ajar sekejap lepas tu main tepuk tampar ke, batu seremban ke, one to som ke, lat tali lat ke. Apa-apa je lah.

 

7) Kena banyak bersabar.

Setiap kali anak tak faham, jawab tak sama yang kita nak atau yang kita dah pun ajar mereka, tarik nafas dalam-dalam dan sabar. Urut dada tu.

Mungkin salahnya bukan pada anak. Tapi salahnya pada kita yang tak tahu ajar anak. Jangan dirotan anak murid kesayangan kami tu. Ni sikit-sikit jerkah. Sikit-sikit marah. Kesian mereka. Cuba la sabar sikit ya.

Sumber: Telegram Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa

Tip menarik:

PdpC versi pedalaman Sir Rezza.. jimat masa, tenaga dan internet

Guru Cemerlang ini guna Google Form untuk pelajar jawab kuiz Perniagaan