Sebagai guru, saya mengambil berat mengenai penampilan diri.

Walaupun saya mengajar di sekolah rendah, tetapi murid-murid sekarang pandai menilai gaya dan fesyen semasa.

Semasa induksi atau pengenalan dengan murid-murid di tahun baharu, cara keterampilan guru memainkan peranan penting untuk memberi pandangan positif kepada mereka.

Selain gaya penampilan pakaian, mood guru yang positif juga mampu mempengaruhi murid menerima guru dan belajar di dalam kelasnya.

Kadang-kadang anak murid juga ternanti-nantikan guru datang ke sekolah semata-semata mereka hendak tahu gaya pemakaian hari tersebut.

Ada juga murid-murid yang suka memberi salam dan bertemu dengan saya walaupun mereka bukan murid kelas saya.

Jadi cikgu juga perlu aktif, kreatif dan humor, barulah murid-murid pun seronok belajar.

Saya juga selalu berkongsi tip cara berpakaian dan etika yang betul kepada murid-murid supaya ilmu yang disampaikan itu dapat dimanfaatkan untuk jangka masa panjang.

Saya pernah nasihatkan mereka, "walau sepandai manapun, tetapi jika kamu tidak pandai jaga penampilan, susah orang pilih kita bekerja."

Ketika zaman belajar, saya jenis sederhana dalam gaya berpakaian.

Apabila mula bekerja , dari situ saya melihat kepentingan keterampilan dan penjagaan kesihatan. Untuk bergaya, tidak semestinya mahal, tetapi perlu bijak memilih gaya.

Ketika zaman persekolahan, saya juga pernah berhadapan dengan guru yang kurang bergaya.

Ini membuatkan kita rasa kurang bersemangat untuk belajar. Apabila guru tersebut berubah penampilan, nampak lebih cantik, baru saya suka dengannya.

Saya yang kini berpengalaman menjadi guru sejak 12 tahun dan menerima Anugerah Guru Cemerlang di Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam (2) sejak 2010.

Sempena hari guru tahun ini di sekolah, saya sebenarnya tidak menyangka terpilih sebagai "Cikgu paling cun".

Antara kriteria penting dilihat untuk diberi pemarkahan sebagai guru cemerlang.