Mengajar ketika pandemik, bukan perkara mudah. Guru-guru memerlukan kesabaran dan usaha yang lebih ke arah pembelajaran dalam norma baharu. Untuk menjadikan pembelajaran norma baharu itu lebih efektif dan menyeronokkan, enam tip ini boleh cikgu-cikgu praktikkan.

1. Kawal stres anda

Tidak dinafikan, pembelajaran dalam talian sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu berasa stres. Memandangkan semua pendidik sudahpun terbiasa dengan pembelajaran secara semuka di dalam kelas. Untuk membantu anda mengawal stres dengan baik, cikgu boleh cuba mencari kaedah belajar terbaharu yang banyak di internet.

2. Bahagikan kelas kepada beberapa kelompok kecil

Elakkan membuat kelas dalam kelompok yang besar, sebaiknya bahagikan jumlah murid kepada beberapa kumpulan kecil.  Ia akan memudahkan proses pembelajaran secara dalam talian.

Umumnya guru sudah tentu lebih kenal  tahap pencapaian seseorang murid. Berdasarkan kepada penilaian itu, cikgu boleh bahagikan mereka mengikut tahap masing-masing. Ia membantu cikgu fokus kepada kemampuan mereka memahami  pembelajaran.

3.  Project Based Learning

Selepas membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil, cikgu boleh berikan mereka tugasan dengan teknik  pembelajaran Project Based Learning. Diharapkan dengan pembelajaran ini, setiap murid itu mampu untuk bekerjasama di antara satu sama lain.

4. Tidak terlalu fokus kepada silibus

Jika masih mengejar  target silibus dalam pembelajaran,  khuatir akan ada murid yang ketinggalan dalam pelajaran. Anda boleh memilih waktu sesuai untuk memberikan segala maklumat dalam pembelajaran. Kemampuan ini menjadikan murid berjaya menguasai pelbagai subjek.

5. Sediakan waktu untuk murid yang tertinggal

Tidak semua murid itu memiliki kemampuan yang sama dalam pelajaran. Cikgu-cikgu boleh jadualkan kegiatan belajar tambahan untuk murid yang sukar untuk fokus dalam pembelajaran. Hal ini dapat membuatkan mereka lebih yakin dan percaya diri jika kelas secara bersemuka dapat dilaksanakan kembali.

6. Belajar itu menyeronokkan

Mengajar itu bukanlah mudah, tetapi akan menjadi lebih seronok apabila ia dibuat dalam keadaan yang menyeronokkan. Tanamkan dalam diri, mengajar  dalam talian itu sebenarnya mudah walaupun ia dipisahkan dengan jarak.

Selamat mencuba

 

Sumber:  ruangguru.com