KUALA TERENGGANU – Guru Cemerlang Pengajian Islam, Wan Fauziah Wan Mamat berkata untuk mengajar subjek itu dengn berkesan seorang guru perlu menggabungjalinkan penyampaian melalui teknologi maklumat dan aktiviti pelajar.

Katanya, pelajar akan mudah bosan jika pengajaran hanya menggunakan powerpoint sahaja.

“Seeloknya penyampaian ilmu diselang seli dengan aktiviti menyeronokkan seperti kuiz.

“Ini supaya pelajar mudah menghayati apa yang dipelajari,” katanya yang bertugas di SMK Seri Nilam, di sini.

Kata Wan Fauziah, seorang guru juga perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai jenis murid.

“Seorang guru perlu ikhlas mengajar tanpa perlu mengira tahap pencapaian pelajar,” katanya.

Kata beliau, mungkin buat masa ini pelajar tidak ingat apa yang diajar tetapi suatu hari nanti boleh jadi ilmu itu akan digunakan sebagai panduan hidup.
 

Cikgu Wan Fauziah Wan Mamat
SMK Seri Nilam, Terengganu

Tip Pengajar: Cara mengajar Pendidikan Islam berkesan.