GURU-guru mesti pening dengan tanggungjawab sekarang kan?

Antara untuk memenuhi tuntutan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dengan keperluan menghabiskan silibus.

Prihatin dengan dilema yang dihadapi rakan-rakan, Guru Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun Norhailmi Abdul Mutalib terpanggil untuk berkongsi apa yang beliau lakukan selama ini yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Ikuti perkongsian beliau:

Antara soalan yang selalu saya terima bila buat perkongsian pasal PAK21 dan STEM adalah:

"Kalau banyak-banyak buat aktiviti macam ni, sempat ke nak habiskan silibus?"

Setakat sekarang, memang selesai saja silibus saya ada setiap tahun dengan anak murid.

Itu belum tambah lagi dengan kehadiran ke bengkel, kursus dan seminar.

Jadi, meh saya nak kongsikan enam tip macam mana saya uruskan isu ini.

Anda boleh tonton juga rakaman video ini:

VIDEO

TIP 1: Aspek Perancangan

Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah aspek guru sebagai perancang.

Ye lah, kalau tak rancang bagus-bagus, mestilah kelam kabut dan asyik tertunda saja aktiviti.

Persediaan daripada segi bahan bantu mengajar dan juga benda lain, sangat membantu melicinkan proses PdPc dalam kelas.

 Aspek guru sebagai perancang.

Selain itu penggunaan Model Pembelajaran 5E bagi menstrukturkan pengajaran kita juga sangat membantu saya dalam memastikan proses PdPc berjalan dengan baik. Boleh tonton video 5E saya di Youtube juga untuk dapat lebih kefahaman bagaimana nak rancang PdPc dengan menggunakan Model Pembelajaran 5E.

Tips 2: Pengurusan Masa Pelajar

Ini juga satu cabaran untuk guru bila buat aktiviti sebab ramai pelajar akan cenderung habiskan masa pada sesi menghias bahan pembentangan mereka, sampai mengganggu perancangan guru.

Untuk saya, saya biasakan pelajar dengan memberitahu mereka masa yang berbaki. Jadi secara tak langsung, pelajar ada idea, berapa banyak masa untuk mereka siapkan kerja mereka.

Tips 3: Aktiviti + Ajar

Ini antara perkara yang saya belajar dari kesilapan.

Sebelum ni biasanya saya akan ajar dulu pelajar, kemudian buat aktiviti tapi akhirnya saya lihat pelajar juga mampu belajar ketika proses aktiviti. Malah mereka lebih faham, sebab terus nampak apa yang cikgu nak ceritakan tu tadi.

Murid belajar dengan cara buat aktiviti.

Jadi kemudiannya saya 'twist' sikit pengajaran saya. Terus buat aktiviti, dan pastikan pelajar betul-betul belajar ketika aktiviti. Maknanya pelajar belajar ketika mereka tengah buat aktiviti.

Memang lebih berkesan! 

Namun, peranan guru sebagai fasilitator perlulah betul-betul dijalankan dengan baik dan berkesan.

Tips 4: Strategi PAK21

Sebenarnya penggunaan strategi pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat membantu dalam menghabiskan silibus mengikut masanya.

Penggunaan strategi seperti Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay dan Jigsaw membolehkan guru untuk menggabungkan beberapa subtopik dalam satu aktiviti. 

Dah tentu ini sangat membantu guru berada 'on track'.

Tips 5: Amalan Murid

Satu lagi yang saya buat adalah dengan membiasakan pelajar dengan arahan saya ketika dalam kelas.

Jadi pelajar dah tahu apa yang patut dan perlu mereka buat.

Pelajar saya juga sedia maklum dengan tahap kualiti hasil kerja yang mereka patut tunjukkan kepada saya.

Dan semua ini datangnya melalui pengamalan.

Justeru itu jika cikgu dapati pelajar cikgu bermasalah pada awal pelaksanaan, maka jangan 'give up'.

Teruskan melatih pelajar, sehingga mereka biasa dengan cara belajar dengan cikgu.

Insya-Allah semuanya akan jadi lebih mudah lepas tu.

Tips 6 : Penggunaan Teknologi

Akhir sekali adalah penggunaan teknologi juga sebenarnya mampu membantu melancarkan lagi perjalanan pdpc kita.

Latar belakang pelajar saya di Jerlun merupakan anak nelayan dan petani.

Namun kebanyakan daripada memiliki 'smartphone' dan menggunakan untuk banyak kegiatan peribadi.

VIDEO

Maka saya cuba ambil kesempatan daripada peluang yang saya ada dengan menggunakan strategi Flipped Classroom dan kadang-kadang aplikasi lain seperti Google Form, Kahoot dan lain-lain.

Strategi Flipped Classroom terutamanya sangat membantu saya dalam menguruskan apa yang nak diajar kepada pelajar, dan membantu pelajar faham sebelum mereka masuk kelas  saya, dan buat aktiviti, sebab tu saya suka rakam banyak video PdPc!

Pembelajaran berasaskan projek : Mencipta Penapis Air.

OK, itu saja perkongsian 6 Tips untuk membantu guru lain menjalankan aktiviti ketika sesi PdPc, tanpa perlu takut atau risau silibus tak habis dengan banyaknya buat aktiviti.

Perkaranya tidak lah susah sangat, tetapi memerlukan sedikit usaha dan juga kesungguhan daripada guru-guru, sebelum biasa dengan amalan tersebut.

Yang penting adalah bagaimana kita sesuaikan dengan pelajar dan juga apa yang kita ada.

Semoga ini bermanfaat dan membantu!

Kredit: cikguhailmi.com

Ini pula tip pengajaran yang boleh membantu cikgu menarik perhatian pelajar https://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/cikgu-takkan-menyesal-guna-cara-ini-tarik-minat-murid-lemah-belajar-1.782505