Sudah semestinya ibu bapa gembira melihat anak-anak mereka dapat mengeja dan membaca pada usia yang muda. Namun begitu terdapat juga sesetengah kanak-kanak lambat untuk membaca.

Seorang guru pemulihan linus NKRA Sekolah Kebangsaan Sungai Marong, Norishah Jaafar berkongsi kaedah mudah buat ibu bapa dalam melatih anak-anak mengeja, membatang perkataan dan membaca menggunakan paip pvc atau lebih dikenali sebagai “telefon bacaan”. Menarik bukan?

Menurut Norishah, idea asal ini diperoleh dari rakan guru pemulihan lain beberapa tahun lepas dan kini beliau sendiri telah mempraktikkan kepada murid dan anaknya.

Menariknya dengan menggunakan telefon ini ibu bapa tidak perlu lagi menjerit kepada anak-anak apabila mengajar mereka.

 

Anak-anak pun seronok menggunakan telefon ini untuk mengeja dan membaca.

 

Ikuti perkongsian guru ini yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa.

“Sedikit perkongsian untuk ibu bapa yang nak melatih anak-anak mengeja, membatang perkataan dan membaca seawal usia 5-6 tahun. Boleh pakai pvc pipe ni yang kami guru pemulihan penggil telefon bacaan. Modal murah je. Pergi kedai hardware minta dia potong ikut size anak dan beli pvc elbow tu 2pcs. Bila ia diletakkan di telinga, anak membaca ia akan pantulkan bunyi ke telinga seperti telefon. Jadi apa yang dibaca oleh anak-anak akan lebih jelas didengar. Tak perlu lagi nak menjerit pada mereka. Cukup sekadar kita bimbing mereka eja dan baca, mereka ulang guna telefon ini. Apabila mereka dengar dengan jelas suara mereka sendiri di telinga maka konsep bacaan akan jadi lebih mudah.

Kaedah ini sangat bagus untuk anak yang sukar mengeja dan membatang perkataan serta membaca. Tak percaya?? Cubalah dulu. Anak-anak memang akan suka main dengan “telefon” ini. Kami guru pemulihan ramai yang guna ini sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Pic ini saya ambil dengan salah seorang murid SK Felda Lurah Bilut semasa saya hadir di sana bersama guru pemulihan linus NKRA.

Boleh guna kreativiti masing-masing untuk cat/hias bagi cantik. Kami ni tak sempat lagi nak menghias sebab murid ramai. Hehehe.

Boleh gunakan pvc pipe+ elbow size 20mm. Lebih besar sikit. Panjangnya mesti ikut saiz anak dan mesti dekat dengan mulut macam gangang telefon tu. Saya biasa buat panjang 10cm-12cm.

*Sekiranya gusar / risau dengan risiko pvc kepada anak-anak tuan/puan boleh cuba menggunakan material lain yang lebih selamat. Untuk info ia hanya digunakan pada masa yang perlu sahaja bukan sepanjang masa dan setiap hari bagi anak mengeja dan membaca guna telefon ni. Anak hanya bercakap dan mendengar balik menggunakannya pada masa yang singkat pada satu-satu waktu. Bila anak dah mahir tak perlu dah pakai ni”.

 

Panduan membuat telefon bacaan:

Ukur panjang paip pvc mengikut saiz telinga ke mulut anak.

 

Terdapat dua saiz pvc elbow iaitu atas (20mm) dan bawah: (15mm).

 

Setelah paip pvc siap dipotong, cantumkan pvc elbow di hujung paip pvc.

 

Inilah hasil telefon bacaan setelah siap dicantumkan.

 

Saiz telefon bacaan, atas (14 cm) dan bawah (10 cm) mengikut ukuran anak-anak.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada ibu bapa dan boleh mempraktikkan kaedah penggunaan “telefon bacaan” kepada anak-anak di rumah. Selamat mencuba!

 

Sumber: Facebook Norishah Jaafar Full