BAGI memberikan rasa sebenar belajar Sains, dua guru iaitu Cikgu Amilia Ahmad dan Cikgu Halimah Mohamed, berkongsi maklumat bagi topik deria khususnya topik berkaitan mata.

Cikgu Amilia menerusi blog Cikgu Hailmi berkongsi tiga keping gambar yang memaparkan seorang pelajar menggunakan mata lembu sebagai bahan untuk dibedah.

Proses yang dilakukan itu adalah untuk membolehkan pelajar melihat struktur dalaman mata dengan lebih jelas. Bekalan mata lembu boleh didapati daripada pasar atau pun tauke daging lembu.

Cikgu Halimah pula berkongsi rakaman video pembedahan mata lembu yang berdurasi 5:16.

Dalam video tersebut, Cikgu Halimah menggunakan mata lembu bagi mengkaji struktur mata pada manusia.

"Mata lembu lebih menyerupai mata manusia. Jadi, kita gunakan mata lembu untuk dibedah bagi mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan struktur-struktur yang terdapat dalam masa manusia," katanya.

Di akhir video, Cikgu Halimah mengeluarkan kanta mata yang bersifat kenyal, boleh menipis dan juga menebal.

Pelajar-pelajar, digalakkan menonton video di bawah, bagi tambahan maklumat. Terima kasih banyak cikgu atas perkongsian. Semoga jadi ilmu yang bermanfaat!

Sumber: Blog Cikgu Hailmi