SEMASA sesi coaching Sains, cikgu mendapat beberapa dapatan daripada peserta-peserta coaching Sains ini mengenai masalah utama semasa menjawab soalan Sains.

Semoga dapatan cikgu ini dapat membantu mengatasi masalah-masalah yang mungkin sama terjadi pada diri anak-anak di luar sana.

Peserta-peserta coacing Sains cikgu sering mengutarakan masalah yang sama iaitu...

1) Tak tahu nak garis kata kunci dalam soalan

Semasa membaca soalan, anda akan dapati terdapat fakta-fakta penting yang dimasukkan dalam soalan. Fakta-fakta atau petunjuk ini perlu digariskan untuk membantu anda fokus pada soalan dan petunjuk yang telah diberikan dalam soalan.

Kalau perkataan “yang’ pun anda garis adakah bermaksud perkataan ‘yang’ itu membawa petunjuk. Nak garis kata kunci ni pun dah kena berlatih dari sekarang. Jangan masa peperiksaan UPSR sebenar baru nak garis, dah terlambat!

2) Tak tahu soalan ni dari tajuk yang mana?

Selepas membaca soalan yang diberikan, sepatutnya anda telah mengetahui soalan ini merujuk kepada tajuk yang mana satu yang telah anda pelajari.

Masalahnya murid biasa keliru atau terlupa tajuk yang telah mereka pelajari dari Tahun Tiga hingga Tahun Enam.

Contoh: Soalan mengenai haiwan dan makanannya. Ada murid yang kata tajuk Kemandirian Spesis, ada yang kata Rantai Makanan.

Sebenarnya soalan dari tajuk Tahun Tiga, Haiwan. Jadi mula menjawab dengan rujukan yang salah. Hasilnya jawapan yang salah.

3) Tak tahu nak sampaikan maklumat

Masalah ini sering terjadi tanpa disedari oleh murid. Perkataan-perkataan yang dipilih semasa menjawab soalan tidak sesuai dan menjadi tanda tanya kepada pemeriksa jawapan.

Sebagai contoh, soalan: Mengapakah penyangkut besi perlu disalut dengan plastik?

Jawapan: Penyangkut besi disalut plastik disebabkan oleh karat.

Betul kah jawapan sebegini? Sudah tentu salah...

Jawapan yang tepat: Untuk mengelak penyangkut besi berkarat.

Terdapat banyak lagi contoh yang boleh diambil untuk menunjukkan masalah murid yang tidak mahir menyampaikan maklumat dengan betul.

4) Tidak mengetahui cara menjawab yang betul

Masalah ini juga mengganggu semua guru Sains seperti cikgu. Berkali-kali diulang masih ada di antara murid cikgu yang terlupa cara yang betul menulis jawapan bagi soalan KPS.

Contoh: Apakah hubungan bagi penyiasatan di atas?

Untuk menyiasat hubungan di antara kualiti makanan ikan dengan saiz ikan selepas sebulan.

Jawapan yang sepatutnya semakin bertambah kualiti makanan ikan semakin bertambah saiz ikan selepas seminggu.

Ini antara contoh yang pernah terjadi semasa cikgu menyemak Kertas Peperiksaan murid-murid cikgu. Banyak lagi kesilapan yang telah cikgu lihat semasa menyemak kertas soalan Sains.

5) Tidak tahu buang jawapan pengganggu

Masalah ini timbul semasa menjawab soalan Kertas 1. Pilihan jawapan yang diberi disertakan dengan PENGGANGGU.

Kebanyakan murid cikgu tidak mahu potong atau buang pengganggu dalam jawapan ini menyebabkan mereka keliru semasa menjawab soalan. Bukan susah pun buang pengganggu ni. Bila anda tak yakin itu bukan jawapan yang sebenar anda akan keliru, jadi dinasihatkan buanglah pengganggu.

Semoga perkongsian cikgu ini memberi sedikit sebanyak idea untuk murid menjawab soalan Sains dengan lebih yakin dan tepat.

Sumber: Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

Tip Penting:

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Nota mudah Paksi Simetri...calon UPSR boleh cuba hafal, mana tahu keluar soalan begini Selasa ini

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan