"Murid-murid wajib hafal sifir kerana ia adalah jantung Matematik," kata Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor.

Merupakan Guru Matematik di salah sebuah sekolah rendah di Selangor, Cikgu Mohamad Hakim berkata, aktiviti penghafalan sifir menjadi mudah sekiranya ibu bapa menggunakan tip yang sesuai ketika mengajar anak-anak.

"Saya ada enam tip menarik untuk dikongsi dengan semua ibu bapa di luar sana. Saya harap tip ini berkesan untuk anak-anak kalian," katanya seperti dipetik menerusi laman facebooknya.

Ini enam tip yang diberikan oleh Cikgu Mohamad Hakim. Mohon hadam.

1) Separuh-separuh

Sifir 7 misalnya. Hafal dari 1 hingga 5 darab 7 terlebih dahulu. Dah handal, sambung pula dari 6 hingga 10 darab 7.

2) Satu minggu satu sifir

Jangan terlalu memaksa dan gopoh nak hafal semua sifir dalam masa sebulan.

Gunakan prinsip biar lambat asalkan steady.

Sifir ni murid nak pakai lama. Jadi kena berfokus dengan harapan boleh ingat sampai bila-bila.

3) Baca setiap hari

Pernah tak ada hari yang kita lupa cara nak makan nasi? Tak. Sebab apa?

Sebab kita buat hari-hari.

Begitulah juga dengan sifir.

4) Latih tubi

Lepas hafal satu-satu sifir, mesti buat latih tubi sebagai pengukuhan.

Yang terbaik adalah latih tubi secara bertulis. Lisan pun boleh.

5) Terbalikkan

Untuk sifir 7 misalnya, biasanya kita akan soal 4 darab 7. Dalam masa yang sama, kita perlu terbalikkan penyoalan sifir tersebut.

4 x 7 = 28

7 x 4 = 28

6) Manipulasi penyoalan

Saya suka soal murid, berapa darab 7 sama dengan 56?

Saya manipulasi soalan tersebut untuk rangsang minda murid.

Dalam masa yang sama, aktiviti manipulasi soalan ini akan sangat membantu untuk operasi bahagi.

Jadi ini 6 tip yang kalian boleh follow untuk bantu anak menghafal sifir.

Moga membantu.

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Artikel menarik

"Salah ke saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah?”- Graduan ISMP Universiti Awam

'Garis Bahagi' mudahkan murid Tahun Dua kuasai kemahiran asas bahagi