Pelbagai inisiatif telah digunakan oleh guru dalam menarik minat pelajar untuk belajar secara dalam talian, baru-baru ini.

Guru Cemerlang Hifz Al-Quran, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Ismail Salleh berkata, guru perlu lebih kreatif menggunakan pelbagai sumber teknologi dalam pendidikan terkini untuk menarik minat pelajar.   

“Banyak aplikasi yang boleh dimuat turun oleh guru secara percuma di google play store dan app store, antaranya aplikasi Edpuzzle.  

“Menerusi aplikasi Edpuzzle, guru boleh menyediakan video pengajaran kepada pelajar dan juga menyediakan soalan dalam video pengajaran tersebut. Dengan kata lain guru dapat menyediakan pentaksiran berasaskan video (video based assessment),” katanya.

Proses pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi ini dapat merangsang pembelajaran secara kendiri (self regulated learning) yang menyeronokkan.

Dalam pada itu, Cikgu Ismail berkata, guru-guru perlu berani mencuba dengan pelbagai sumber teknologi pendidikan yang ada.

“Pelajar cepat bosan jika guru-guru selalu menggunakan aplikasi yang sama dalam PDPC.

“Jadi, bila cikgu memvariasikan penggunaan teknologi pengajaran seperti pentaksiran berasaskan video menerusi eddpuzzle, saya yakin ia dapat memotivasikan pelajar, selain menghilangkan perasaan bosan,” ujarnya yang pernah menggunakan teknologi pengajaran abad ke 21 seperti aplikasi google meet,google classroom, edpuzzle, quizizz, popplet, genially, flipgrid dan sebagainya ketika pembelajaran online.

Dalam perkembangan lain, capaian internet yang lemah sering mengganggu proses pembelajaran dalam talian.

“Saya telah mengambil inisiatif melaksanakan pembelajaran di rumah pelajar dan dalam masa sama, dapat mengeratkan silaturrahim antara guru dan pelajar.

“Namun demikian, pembelajaran sebegini diadakan sekali sekala dengan pematuhan SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Artikel menarik

10 aktiviti pembelajaran di rumah sepanjang cuti sekolah bermula. Ini senarainya!

Rahsia menang emas pertandingan inovasi PDP. Ini kata Guru Inovatif Melaka