Senarai kerja rumah ini boleh jadi panduan untuk ibu bapa dalam melatih anak anak membantu menguruskan kerja rumah.

Biarlah bermula dari kecil dengan tugasan yang mudah, tapi latihan tu penting agar anak anak ringan tulang dan rajin membantu bila dah besar nanti kan?

 

Ini senarai yang boleh sesuai dilatih untuk murid tahun satu hingga tahun enam, antaranya ialah:

 

  1. Jaga haiwan peliharaan
  2. Cuci pinggan mangkuk
  3. Memasak nasi guna 'rice cooker'
  4. Buang sampah di luar
  5. Basuh baju dan kasut sekolah
  6. Mengemop lantai dan guna vakum
  7. Mengelap dan bersihkan habuk
  8. Tukar cadar dan menyidai baju
  9. Sediakan makanan mudah seperti sandwic
  10. Mencuci tandas

 

Hmm sebenarnya bila kita ajar anak anak buat kerja rumah ni, bukan sekadar untuk tolong kita je, tapi juga supaya anak tu akan pandai uruskan diri mereka sendiri.

Tak perlu terlalu bergantung kepada orang lain. Tak gitu?