1.   Itu pun tak boleh!

Ini adalah bentuk ucapan yang mewakili rasa kecewa ibu bapa terhadap anaknya. Ucapan seeprti ini akan menjadikan mental anak jatuh, sehingga sukar untuk memulihkan prestasinya semula.

Apa yang anak rasa bila ibu atau ayahnya mengucapkan ini? Dia akan rasa tidak mampu dan tidak berdaya.

Jadi, apa yang sebaiknya dilakukan? Hentikan semuanya, termasuk proses belajar. Ambil waktu dan rehatlah seketika. Tenangkan emosi anda, biarkan anak melepaskan ketegangannya.

Sambil anda rehat, fikirkan dengan kreatif pendekatan baharu yang boleh membantu anak anda belajar. Kemudian masuklah kembali ke ruang belajar dengan keadaan yang rileks dan tenang. Bangkitkan semangat dan rasa percaya dieri anak dengan penuh kasih sayang.

2.   Kamu tinggal!

Ucapan ini selalu dan banyak digunakan ibu bapa untuk mengugut anak. Adakah ini cara yang betul?Ia sebenarnya bergantung pada keadaan, kerana anda sedang mengajarnya menepati masa dan disiplin.

Tetapi selalunya ia seperti tidak berlaku. Dan anak akan belajar bahawa ayah dan ibu mereka hanya memberi ugutan kosong. Jadi, sebaiknya jangan sesekali mengatakan kepada anak, anda akan meninggalkan mereka. Jalan mudah adalah buatlah jadual perjalanan sebelum anda keluar dari rumah.

 3.   Jangan mengada-ngada, kamu kan dah besar!

Ada beza antara anak yang merasa tidak mampu dengan anak yang manja. Sebaiknya anda tahu sama ada anak anda sedang malas, manja atau memang tidak mampu dan memerlukan bantuan anda.

Memang, keupayaan anak berdikari diperlukan supaya anak boleh membesar dengan baik. Tetapi untuk mengajar berdikiri, sebaiknya ibu bapa perlu mengamati terlebihd ahulu adakah anak anda sudah mampu atau belum melakukannya.

Ucapan seperti ini boleh menjadikan anak tidak datang atau menceritakan kepada ibu bapa ketika dia ada masalah. Dana nak akan mencari orang lain untuk mendapatkan bantuan.

Perkara ini boleh menjadikan anak tidak mahu berkomunikasi dengan ibu bapa. Sekarang ini ramai anak yang merasa ibu bapa bukan tempat mereka untuk mengadu dan mendapatkan jalan keluar dari masalah. Semoga ini bukan anak.


4.   Cepat minta maaf!

Ada banyak ucapan seumpamanya yang tujuannya untuk mengajar ada supaya sopan dan beretika.

Perbuatan baik akan diterima baik jika diberikan dengan contoh, bukan arahan semata. Cuba bayangkan, mana lebih mudah bagi anak untuk berubah menjadi lebih baik, dengan hanya menerima perintah atau melihat contoh?

Ketika anda memaksa anak untuk meminta maaf, anda tidak mengajar kemampuan sosial. Jadi lebih baik jika anda memberi contoh untuk memperkuat perilaku tersebut. Dan yang paling peting, katakanlah dengan lembut bukan ancaman.


5.   Kamu cakap apa ni!

Anak kecil, terutama yang celoteh, suka bercerita apa sahaja. Mungkin bagi ayah atau ibu, cerita anak-anak kecil ini biasa-biasa sahaja dan tidak penting.

Selalunya, kerana sibuk, ramai ibu bapa ambil sikap tidak peduli dan mengabaikan cerita-cerita anak ini. Malah sehingga keluar ucapan di atas.

Bagaimana jika perkara ini masih dan selalu berlaku? Apa yang akan terjadi kepada anak?

Anak akan membesar sambil membawa rasa dalam diri bahawa dia bukan orang yang penting bagi ayah dan ibunya. Dia membesar menjadi anak yang tidak yakin kepada diri sendiri. Mereka akan rasa diabai dan ditolak. Bila besar, mereka akan mencari perhatian dengan cara yang salah.

Sebenarnya tidak ada ibu bapa yang sempurna kerana itu apabila anda mengucapkan ayat-ayat di atas secara tidak sengaja, segerlah minta maaf pada mereka.

Semoga dengan ini anda mendapat gambaran yang lebih besar, tentang ucapan-ucapan yangkurang mempedulikan anak.

Semoga bermanfaat!