TEKNIK mengajar Cikgu Nurfadzilah Nek Kamal dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakyat, Alor Setar, Kedah, cukup disukai oleh semua murid Tahun Satu dan Tahun Dua sekolah itu.

Mengajar dengan kelainan, berdialog sambil berlakon dan sebagainya membuatkan ramai murid mudah faham dengan apa yang diajar guru muda ini.

Cikgu Nurfadzilah atau lebih mesra disapa Teacher Dilla yang kini mengajar subjek Bahasa Inggeris berkata, apa yang dilakukan itu, semata-mata mahu murid-muridnya seronok ketika mengikuti kelas berkenaan.

Katanya, teknik mengajar yang dilakukan itu berdasarkan dua model pengajaran hasil idea sendiri.

"Dua model tersebut adalah model SURe dan model SoCoM.

"Model ini dicipta untuk menggantikan garis besar yang ada dalam pelan pengajaran iaitu ‘presentation, practice, production’ yang bagi saya, sudah lapuk dan tidak sesuai untuk pengajaran abad ke-21," katanya.

Ujarnya, model SURe terdiri daripada tiga komponen iaitu 'search, use dan record' bagi menggantikan ‘presentation, practice, production’.

"Dalam komponen 'search', murid tidak sekali-kali di suap dengan apa yang mereka akan pelajari pada hari itu sebaliknya mereka perlu ‘mencari’ item, isi kandungan atau bahan yang mereka rasa akan dipelajari dalam sesuatu sesi PdPC itu," katanya.

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti untuk komponen 'search':

1) Murid perlu berjalan di sekeliling kelas/sekolah dan mencari perkataan atau benda yang berkaitan dengan topik hari itu.

(Contoh 1: Topik binatang peliharaan: Cari dan kumpulkan gambar binatang (yang telah dilekatkan di sekitar kelas) yang kamu rasa sesuai dijadikan binatang peliharaan).

(Contoh 2: Topik warna: Cari dan senaraikan warna daun/kereta yang terdapat di kawasan sekolah).

Murid perlu meneroka kawasan sekolah untuk mengenal pasti benda atau perkataan yang berkaitan dengan topik pada hari itu.

2) Murid perlu mencari maklumat di dalam internat.

(Contoh: Topik buah-buahan: Cari dan senaraikan nama buah-buahan yang berwarna merah dan kuning)

3) Murid perlu mencari muka surat di dalam buku teks yang berkaitan dengan topik yang diberi.

(Contoh: Topik keluarga: Cari muka surat yang menunjukkan gambar seorang ayah, seorang ibu, dua orang anak dan seekor kucing).

4) Murid mencari maklumat di rumah (sebelum PdPC berlangsung).  

(Contoh: Topik nombor: Cari jumlah Jalur Gemilang, umur ayah, jumlah besi pada tayar basikal, jumlah tingkap di rumah dan namakan benda di dalam rumah yang mempunyai nombor).

Setelah selesai, murid dan guru akan berkumpul dan berkongsi maklumat yang telah dijumpai. Maklumat tersebut akan disenaraikan di atas papan putih

Bersama murid Tahun Satu Rukun, SK Taman Rakyat.

Komponen yang seterusnya ialah 'use'.

Di sini murid perlu menggunakan informasi yang mereka telah jumpa semasa aktiviti ‘use’ untuk bertanding atau menyelesaikan masalah. Fasa ini juga selalunya digunakan untuk bermain permainan yang berasaskan informasi yang mereka telah dapat.

Sebagai contoh:

1) Murid bertanding di antara kumpulan untuk menamakan 10 binatang yang boleh dijadikan binatang peliharaan.

2) Murid menjawab kuiz berkaitan warna.

3) Murid melengkapkan carta buah mengikut warna.

4) Murid bermain permainan seperti poison box, simon says atau big wind blows dengan menggunakan item yang telah dijumpai semasa aktiviti 'use'.

Setelah komponen 'use' dan 'search' selesai, komponen 'record' akan dilaksanakan.

Di sini murid hanya perlu melakukan aktiviti menulis seperti biasa, sama ada menyalin, mengisi tempat kosong atau melengkapkan apa sahaja lembaran kerja.

Ini adalah sebagai sesi pengukuhan terhadap apa yang telah dilakukan pada dua fasa pertama tadi.

Bagi menggunakan model SURe ini, setiap komponen tidak perlu mengikut turutan, maksudnya mana-mana komponen boleh dilaksanakan dahulu di dalam PdPC.

Contohnya, murid boleh melakukan aktiviti menyalin dahulu (record) sebelum melakukan aktiviti 'search' dan 'use'.

Model SoCoM

Model yang kedua ialah SoCoM, yang selalunya dilakukan selepas SURe model dilaksanakan. SoCoM model terdiri daripada solve, compare dan make.

Berikut adalah contoh aktiviti untuk model SoCoM:

1) Solve - Murid dibiarkan untuk menyelesaikan satu masalah secara berkumpulan tanpa bantuan guru. Mereka perlu figure out on their own apa sebenarnya yang perlu dilakukan.

(Contoh: Murid diberi gambar hasil tumbuhan dan perlu mengelaskan gambar mengikut kategori buah atau sayur).

2) Compare - Setelah selesai, murid berkongsi jawapan kumpulan masing masing melalui cara display atau presentation. Ketika ini murid dan guru perlu berbincang untuk memastikan semua orang setuju /memilih jawapan yang betul.

(Contoh: Murid dan guru bersetuju yang jagung termasuk dalam kategori sayur bukan buah-buahan).

3) Make - Berdasarkan perbincangan di atas, murid make or create something new untuk menunjukkan apa yang mereka faham.

(Contoh: Buat ayat mengenai buah-buahan kegemaran kamu/ buat model sayur sayuran menggunakan play doh etc).

Jika diperhatikan, PdPC saya tidak terlalu fokus pada kemahiran menulis tetapi lebih kepada kemahiran berkomunikasi. Jadi saya perlu sentiasa memastikan aktiviti saya tidak membosankan untuk mendapatkan penglibatan aktif daripada murid.

Tambah Teacher Dilla, modelnya itu boleh diguna pakai pada mana-mana pengajaran dan boleh diadaptasi mengikut kesesuaian tajuk.

"Model ini tidak memerlukan sebarang alat yang spesifik, ia hanya sekadar idea yang membantu guru dari segi merancang dan menjalankan sesuatu pengajaran itu sendiri supaya sesi PdPC tidak berjalan secara statik dan pasif," katanya.

Akhir sekali, Teacher Dilla berharap semua orang termasuk guru, murid dan ibu bapa harus mula berfikir cara untuk memperbaiki diri, fikir bagaimana cara untuk memberi sumbangan dan sokongan antara satu sama lain supaya kita semua dapat memperkasakan lagi sistem pendidikan di negara kita.

Banyak aktiviti luar kelas yang saya jalankan bersifat permainan secara berkumpulan dan explorace - Teacher Dilla.

REAKSI MURID

1) "Kelas Teacher Dilla memang best sangat. Banyak aktiviti yang kami untuk subjek English. Rasa nak belajar jer sepanjang masa."

- Nurfarhana Hazwani Mohd Shahir

Tahun Tiga

2) "Lembaran kerja yang Teacher Dilla sangat seronok sebab itu idea teacher sendiri...bukan ambil dari mana-mana buku. Teacher juga selalu buat fun learning misalnya fashion show, tanam pokok kacang, bercerita selama lima minit setiap hari dan macam-macam lagilah."

- Azim Irwan Che Azimin,

Tahun Lima

3) "Teacher Dilla lain daripada yang lain. Beliau banyak idea ketika mengajar kami seperti ajar kami berdialog, berlakon, menyanyi dan sebagainya. Sekarang, saya sangat meminati subjek English."

- Megat Mohd Ilman Yong Ahmad

INFO

Nama: Nurfadzilah Nek Kamal @ Teacher Dilla

Asal: Perak

Adik beradik: Sulung daripada 10 adik beradik

Akademik: Ijazah Bachelor of Education TESL 2008, UIA; Sarjana Master of Applied Linguistics 2016, UUM

Kerjaya: Guru SK Tansau, Kota Kinabalu 2008; SK Iskandar Alor Setar dan SK Taman Rakyat, Alor Setar (kini)

Pencapaian

1) Silver Presentation Award – International Conference of ELT (2015)

2) Anugerah Amalan Pengajaran Terbaik - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Alor Setar (2016)

3) Anugerah Amalan Pendidikan Berkesan - PPD Alor Setar (2016)

4) Anugerah Guru Abad 21 - PPD Alor Setar (2016)

5) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2016)

6) Silver Award the for the action research ‘Exploring the use of Malaysian animation Upin & Ipin as a supplement for Superminds textbook in the teaching of Listening & Speaking to young learners’ – Malaysian Ministry of Education (2018)

7) Penyelidikan Terbaik (2018)

8) Top 100 Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), Kementerian Pendidikan menerusi Unit Pelaksanaan Prestasi Pendidikan (PADU).

Nama bapa: Prof Madya Dr Nek Kamal Yeop Yunus (UPSI)

Nama ibu : Dr Salomawati Ishak

Tip Menarik:

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai

SPM makin hampir, guru ini kongsi tip penting apa calon perlu buat untuk SKOR A+ subjek Sains

‘PdPc mudah faham dan menyeronokkan’ - Cikgu Nithiya kongsi kelainan, belajar sambil makan

Ustazah Fadilah Lee kongsi sembilan tip menghafaz Tahfiz Model Ulul Albab

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab