Menjalankan pengajaran Pendidikan Seni Visual atas talian adalah satu cabaran untuk guru dalam memenuhi tugas sebagai pendidik sepanjang PKP dan PKPB.

Ramai guru menambah kemahiran mereka untuk memastikan ilmu sampai kepada murid. Setiap usaha murni dalam merencanakan sesuatu agenda pasti ada kekangannya.

Bagi memudahkan guru-guru membuat pengajaran dalam talian, Guru Subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Cikgu Ruhaizan Hussin dari SK Kenering, Gerik Perak ada 10 tip yang boleh cikgu-cikgu cuba.

1. Memberi tugasan kepada murid berkaitan tajuk yang diambil terus daripada buku teks.

2. Fokus kepada arahan guru dari semasa ke semasa terutama dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual, penyediaan alatan dan bahan yang mudah serta sesuai digunakan.

3. Kerjasama daripada ibu dan bapa untuk membantu menyediakan bahan dan memantau aktiviti anak di rumah.

4. Murid didedahkan dengan video cara dan langkah penyediaan sesuatu hasil seni.

5.Saya juga banyak mengumpul bahan Seni Visual dari YouTube dan blog yang disediakan oleh ramai guru seni.

6. Saya lebihkan banyak bahan berbentuk gambar. Jika ada keperluan perkongsian video, masukkan bahagian video yang penting dan relevan sahaja supaya tidak mengambil ruang data telefon ibu bapa.

7.  Murid melaksanakan pembelajaran pada masa dan hari yang telah ditetapkan. Berikan masa yang lebih panjang dalam masa seminggu sebelum tarikh akhir tugasan.

8. Hasil lukisan dan kerja seni murid perlu ‘screenshot’ dan dihantar ke grup WhatsApp kelas untuk dinilai dan direkod.

9.Membuat perbandingan bahan antara murid untuk memperlihatkan persaingan antara mereka serta melahirkan bahan pembelajaran yang lebih baik pada minggu seterusnya.

10. Janjikan ganjaran atas setiap usaha apabila tempoh buka sekolah nanti atau PKP / PKPB berakhir.