Tahukan anda merokok dikalangan pelajar sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Kajian telah membuktikan bahawa perokok lebih cenderung untuk menghidap 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

 



Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
Mendapat asma

 


Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
Meningkatkan deria bau dan rasa
Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
Meningkatkan kesuburan.
Meningkatkan tahap 'kelakian'



Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

Tetapkan tarikh untuk berhenti
Yakin diri
Buatkan nota peringatan
Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
Sentiasa berfikiran positif
Dapatkan sokongan
Gunakan terapi penganti nikotin
Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok


Tip Berhenti Merokok 12 M :

Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok

Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

Membasuh tangan selalu

Mandi dengan kerap

Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

Meditasi

Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha


Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian kesihatan Malaysia.