SUASANA pembelajaran di dalam bilik darjah bukanlah sama seperti tanah perkuburan yang sunyi. Pergerakan murid untuk memenuhi tuntutan aktiviti mereka akan menjadikan bilik darjah agak riuh.

Namun dalam keriuhan itu, adakah sesuai untuk kita gunakan pendekatan Give Me Five untuk mengawal kebisingan? Tentu sekali tidak, kerana suara kita pastinya tenggelam dalam keterujaan dan keriuhan suara mereka.

Make it simple. Gunakan sahaja isyarat tangan. Disiplinkan murid dengan peraturan ini supaya keadaan bilik darjah sentiasa terkawal.

Untuk mengalih tumpuan mereka, guru hanya perlu menepuk tangan dan mengangkat sebelah tangan sebagai isyarat senyap.

Murid-murid juga perlu turut mengangkat tangan sehinggalah kesemua murid kembali fokus dan guru boleh menurunkan semula tangan.

Semasa mengangkat tangan, guru perlu memastikan bahawa semua murid berhenti bercakap dan berhenti daripada melakukan apa-apa tugasan.

Apabila suasana kelas kembali tenang, guru boleh terus menyampaikan isi pembelajaran yang seterusnya. Jika murid kelihatan agak kurang fokus, berikan arahan Give Me Five! Selamat mencuba.

Sumber: Blog Cikgu Ayu dot My

Cikgu Ayu merupakan guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Desa Pandan

Artikel menarik:

Pelajar asrama kembali bersekolah secara berperingkat. Akan bermula 15 Julai dan 3 Ogos depan

"Pembukaan semula sekolah mulai 15 Julai undang kebimbangan ibu bapa?" - Dr Rafidah kongsi pandangan

Covid-19 boleh disebar melalui bawaan udara

Covid-19 boleh bertahan pada kulit selama empat hari

Wabak masih belum berakhir