RAMAI guru menghadapi situasi mencabar yang mana murid tidak memberikan sebarang respon apabila di soal. Mengapa dan kenapa? Cari punca dan insya-Allah akan jumpa jalan penyelesaiannya.

Berikut adalah beberapa sebab dan cara untuk mengatasinya.

1) Tidak faham soalan. Apabila murid tidak memahami soalan jadi murid sukar untuk respon. Atasi dengan:

  • Ubahsuai soalan atau permudahkan.
  • Gariskan kata kunci.
  • Berikan klue atau pembayang.
  • Iringkan dengan bahan media.
  • Jika perlu, tulis dan paparkan soalan supaya murid dapat fokus kepada maksud soalan.

2) Tiada keyakinan. Atasi dengan:

  • Berikan pujian.
  • Berikan peluang menjawab secara berkumpulan dan berperingkat secara individu.

3) Takut salah. Atasi dengan:

  • Beri pujian dan dan terima jawapan jika berasas.
  • Ada markah kerana cuba menjawab.

4) Malu dengan rakan. Atasi dengan:

  • Beri peluang sama rata.
  • Minta rakan lain ulang jawapan.

5) Tiada beza jawab atau tidak. Atasi dengan:

  • Perlu konsisten dalam memberikan ganjaran kepada murid.
  • Sekurang-kurangnya ada pujian dan penghargaan.

6) Bosan. Atasi dengan:

  • Sesi soal jawab perlu pelbagai suasana contohnya dalam bentuk Pop Quiz, Quizizz, Open Cards dan sebagainya.

7) Rasa dipaksa dan terpaksa. Atasi dengan:

  • Nyatakan kenapa perlu cikgu menyoal dan murid menjawab: guru ingin tahu sejauh mana murid faham, soal jawab jadi petanda samada boleh atau tidak ke tajuk seterusnya dan sebagainya.
  • Buat soalan dalam bentuk gamifikasi jadi murid ada sebab untuk terus menjawab.

8) Tidak mahir untuk respon dalam bentuk yang diminta. Atasi dengan:

  • Pelbagaikan bentuk respon; lisan, bertulis dan perbuatan.

9) Batasan kemahiran berbahasa. Atasi dengan:

  • Beri peluang murid menjawab dalam bentuk kata kunci atau beri masa untuk drafkan jawapan.
  • Echo dan beri klu perkataan seterusnya kepada murid.

Sumber: Blog mudahmengajar.blogspot

- Cikgu Herryan Syah Tupan Surian pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai dan kini menjawat jawatan sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+) di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Tip Menarik:

31 cara mengawal murid dalam kelas oleh Cikgu Herryan Syah. Senang sangat!

Teknik graf bantu pelajar Tingkatan Dua hafal Pengasas Kesultanan Negeri dengan mudah