MURID mengantuk? Hal ini cukup lazim dalam bilik darjah. Ada antara sebabnya adalah di luar kawal dan dalam kawal guru.

Antara punca luar kawal guru adalah seperti murid tidak cukup tidur, tidur lewat, masalah penyakit dan sebagainya.

Punca dalam kawal pula adalah seperti suasana kelas, aktiviti pembelajaran dan peranan murid dalam PdPc.

Cikgu Herryan Syah Tupan Surian yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai berkongsi 11 idea menarik untuk atasi masalah tersebut.

Jom semak.

1. Energizer

Aktiviti ringkas ini memerlukan pergerakan fizikal dalam cara yang menyeronokkan dan pada masa yang sama merangsang minda murid menjadi cergas.

2. Ambient Light

Suasana kelas yang kelam kerana ditutup dengan langsir tebal atau berwarna gelap boleh menjadi faktor murid mengantuk. Pastikan langsir terbuka atau berwarna cerah agar cahaya matahari semula jadi masuk.

3. Aktiviti didik hibur

Aktiviti didik hibur dapat menerapkan input dan maklumat dengan cara yang santai dan menggembirakan. Sambil bermain atau beraktiviti, murid tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang belajar.

4. 10 minute rule

Guru tidak bercakap lebih daripada 10 minit. Selepas 10 minit guru mesti berhenti dan menjalankan aktiviti dengan murid sahaja yang berkomunikasi atau melakukan aktiviti.

5. Minum air

Dengan memberikan ruang dan masa untuk murid minum air pada setiap 30 minit dapat menyegarkan murid. Kebanyakan murid tidak membawa bekal minuman dan mereka mudah terdehidrasi.

6. Pembacaan berirama

Bagi murid yang mengantuk mereka akan mudah segar apabila mereka diminta untuk membacakan beberapa potong ayat atau maklumat secara berirama.

7. ICT

Penggunaan alat teknikal dan media ICT adalah lebih menarik bagi murid berbanding teks kosong. Oleh itu, murid lebih mudah memberikan perhatian.

8. Hands On

Tidak kira sama ada aktiviti biasa atau ICT, berikan ruang untuk murid menulis, melukis dan menghasilkan sesuatu menggunakan alat kerana murid banyak menggunakan fizikal dan mudah faham apa yang diajarkan.

9. Penghasilan karya

Apabila murid terlalu banyak mendengar dan melihat sahaja tanpa menghasilkan sesuatu, mereka mudah mengantuk. Wujudkan ruang untuk murid beri lebih usaha untuk menghasilkan atau mengubahsuai persembahan input pembelajaran.

10. Pembelajaran berbalik (Flipped Learning)

Murid tidak ada maklumat sedia ada menjadikan mereka perlu mengambil masa yang lama untuk memahami tajuk yang diajar. Oleh itu, berikan tugasan awal sebelum masuk kelas agar mereka ada maklumat awal dan dalam kelas hanya untuk perbincangan dan pengesahan pemahaman sahaja.

11. In Charge

Terlalu kerap guru yang menetapkan bagaimana pembelajaran seharusnya dijalankan. Berikan pilihan kepada murid cara mereka mahu belajar tajuk pada hari tersebut sama ada mahukan kuiz, pembentangan kertas mahjong, menonton dan mengulas video dan sebagainya.

Sumber: Blog mudahmengajar

Tip Menarik:

Sedikit perkongsian untuk cikgu yang ingin sandang jawatan guru besar/pengetua

Hafal formula 'Memori Mengarang', murid pasti skor Bahasa Melayu UPSR

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh