Nak share sikit penggunaan Buku Ganjaran untuk murid dalam kelas. Idea asal milik Cikgu Leesa Tazz, tapi Cikgu Gja telah tukar sikit mengikut kesesuaian murid dan bajet.

Jom kita lihat perkongsian Cikgu Gja dari Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris, Kuala Pilah, Negeri Sembilan di facebooknya.

Buku Ganjaran ni sebenarnya merupakan satu peneguhan positif untuk budak. Aku gunakan sejak tahun lepas untuk murid Tahun 3 Arif. Berdasarkan penggunaan dalam masa 7 bulan iaitu sejak April sampai Oktober 2019, memang berlaku banyak peningkatan dari segi pelajaran dan tingkah laku murid.

Setiap murid akan dapat satu set Buku Ganjaran. Kalau tahun lepas, mereka perlu kumpul tanda 'highlight' hingga penuh dan layak dapat ganjaran yang dah ditetapkan untuk setiap muka surat. Cara nak dapatkan tanda 'highlight' tu sepenuhnya terpulang kepada aku. Kalau mood baik, lima petak terus aku tanda.

So, tahun ni aku tukar sikit part ganjaran tu jadi takdelah bosan dapat benda sama kan? Sebab tahun ni aku guna dengan kelas yang sama. Kali ni aku kosongkan petak tu dan aku nak tanda guna stamp highlighter beli kat Mr. Diy.

Percayalah, murid pasti seronok dan teruja lepas tu berlumba-lumba nak dapatkan ganjaran yang tertulis dalam Buku Ganjaran. Moga-moga yang malas berubah jadi rajin, yang nakal berubah lebih baik lepas ni.

Senarai ganjaran tahun 2019 :

1. Pilih 1 barang dalam kotak ganjaran

2. Set pen berwarna

3. Buku nota

4. Pensel warna

5. Buku cerita

6. Kupon makan di kantin

7. Hadiah misteri

Senarai ganjaran tahun 2020 :

1. Pelekat bercorak

2. Fail

3. Gunting corak

4. Krayon

5. Kupon kantin

6. Kupon kedai buku

7. Hadiah misteri

Artikel Menarik:

Usaha guru ini cipta konsep pusat sumber DIY tarik minat pelajar ke PSS

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

Menusuk kalbu doa habis kelas.. ustazah ini kongsi kuasai hati, minda. Murid pun seronok!

Seronok cikgu dengan baju batik pun siap menari pusing-pusing lagi

'Saya terpaksa tinggalkan kamu semua...maafkan cikgu, maafkan cikgu'