TERDAPAT dua pakej mata pelajaran yang dikemukakan iaitu Pakej STEM dan Pakej Sastera dan Kemanusiaan.

Ini dia senarai kumpulan mata pelajaran elektif menengah atas.

Nota

Murid yang mengambil mana-mana DUA mata pelajaran Sains Tulen ( Fizik, Kimia, Biologi) DIKECUALIKAN mengambil mata pelajaran Teras Sains.

Murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah ATAU Turath Dirasat Al-Islamiah dan Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah ATAU Usul Al-Din dan Al-Syariah DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Pendidikan Islam.

Murid yang mengambil Sains Tambahan tidak dibenarkan mengambil mana-mana mata pelajaran Sains Tulen. Mereka digalakkan mengambil Matematik Tambahan sebagai kombinasi.

PAKEJ STEM

Murid yang mengikuti pakej STEM hendaklah mematuhi satu kriteria yang berikut:

  • Mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan; atau

Pakej STEM seperti ini memberi peluang bagi murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi sains, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan Enam seperti dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya.

Contoh kombinasi semua mata pelajaran sains tuten (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan yang dipelajari °fah murid bagi pakej ini adalah seperti berikut:
 

  • Mengambil mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada bukan elektif STEM; atau

Pakej STEM pada para ini memberi ruang dan peluang kepada murid untuk menyambung pelajaran pada peringkat tertian dan menceburi laluan kerjaya dalam bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan;  sains komputer,  reka bentuk, teknologi pembuatan, perakaunan dan lain-lain.

Contoh kombinasi mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mate  pelajaran  elektif STEM  sains  gunaan  dan  teknologi  atau  mata  pelajaran daripada elektif bukan STEM yang dipelajari oleh murid bagi pakej ini adalah seperti berikut:

  • Mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu niata pelajaran vokasional (MPV).

Pakej  STEM  ini memberi  peluang  kepada murid  untuk menyambung  pelajaran  pada  peringkat  sijil  dan  diploma  di  universiti  awam, politeknik,  kolej  komuniti dan  institusi kemahiran yang menjurus kepada laluan kerjaya seperti bidang perniagaan, reka bentuk fesyen, hospitaliti, reka bentuk media (new media design) dan sebagainya.

Contoh kornbinasi sekurang-kurangnya dua mate   pelajaran  elektif  STEM  sains  gunaan  dan  teknologi  atau  mengambil mana-mana satu MPV mata pelajaran bagi kategori ini adalah seperti berikut:

Pakej Sastera dan Kemanusiaan

 

Pakej ini memberi peluang kepada murid untuk mengambil gabungan mata pelajaran yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa,  Pengajian Islam serta Kemanusiaan  dan  Sastera  lichtisas. 

Murid  yang  memilih  pakej  ini  berpeluang menyambung  pelajaran  atau  kerjaya  dalam  pelbagai  bidang  berkaitan. 

Contoh gabungan mate pelajaran elektif yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau SATU mata pelajaran elektif STEM kecuali MPV yang boleh diambil oleh murid bagi pakej irk adalah seperti berikut:

Mata pelajaran pengkhususan di Sekolah Seni Malaysia (SSeM) dikelompokkan di bawah pakej ini.

Mata pelajaran pengkhususan di SSeM panting bagi memupuk dan mengembangkan bakat muda negara serta menjamin penjanaan pelapis penggiat seni dan pereka bentuk di Malaysia.

Di samping mengembangkan bakat seni, murid juga mengikuti kurikulum dan menducluki peperiksaan yang sama seperti rakan sebaya mereka di sekolah lain.


KESIMPULAN

Pakej mata pelajaran menengah atas adalah sejajar dengan aspirasi PPPM 2013-2025  dan  hasrat  KPM  dalam  memastikan  lebih  ramai  murid  peringkat menengah atas dapat membuat pilihan pakej mata pelajaran yang sesuai dengan kecenderungan, minat than kebolehan serta memberi nilai tambah untuk meneruskan pendidikan pada peringkat tertiari atau mencebua bidang kerjaya.

SELAMAT BERJAYA SEMUA!

Artikel lain:

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM

Kadar baharu yuran permit guru swasta tahun depan - KPM

Guru perlu saling menyokong antara satu sama lain, sentiasa perbaiki diri dan hasilkan inovasi