ADA di kalangan guru yang masih dibelenggu pembelajaran digital untuk sampai kepada pelajar secara menyeluruh?

Tak kira di mana pelajar itu berada di pedalaman atau bandar. Ada juga pelajar di bandar sukar untuk mendapatkan data internet yang mencukupi.

Ada juga kalangan pelajar yang hanya meminjam peranti ataupun menumpang data internet ibu bapa mereka.

Sebab itu hanya sebilangan pelajar dapat turut serta apabila guru-guru membuat pembelajaran online, kuiz online dan sebagainya.

Jadi, kali ini mari kita tengok perkongsian cara kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru bahasa Inggeris SMK Selirik, Kapit, Sarawak, Mohd Faridh Rezza ini yang sangat jimat masa, tenaga serta internet.

Mana tahu Cikgu boleh cuba cara ini pula kan!

+++

Cara PdPc Online saya dengan pelajar saya sangat mudah.

Tak perlu menyusahkan ibu bapa dan tak perlu menyusahkan guru.

Boleh cuba ye guru-guru!

  1. Buat group Whatsapp untuk setiap subjek yang diajar.
  2. Tentukan jadual (kalau nak senang ikut jadual subjek waktu persekolahan).
  3. Sediakan latihan sebelum kelas bermula.
  4. Sediakan dalam bentuk gambar/teks (hias2 sikit).
  5. Send tugasan dekat group. Terangkan kepada mereka (voice chat lagi efektif).
  6. Arahkan mereka buat tugasan di dalam buku latihan ataupun kertas.
  7. Arahkan mereka ambil gambar tugasan yang dah siap dan hantar.
  8. Kehadiran diambil setelah tugasan dihantar.
  9. Laporkan kehadiran kepada Ketua Panitia.

 

Hasil PdPc Sir Rezza

Artikel menarik:

'Saya buat cara old school. Guna Whatsapp aje' - Guru lain boleh ikut cara Cikgu Ain tak pening

Guru ini buat video cara mudah 'login' Google Classroom sebagai murid.. mohon ibu bapa bantu

Patutlah ramai cikgu buat Google Classroom...rupa-rupa ini faktornya

11 nota asas Matematik yang wajib dan sepatutnya murid tahap dua kuasai

Mudahnya tanda jawapan murid di telefon, ini kaedahnya yang boleh cikgu cuba